web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kalah PRN Tak Jejas Gabungan PN - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 11:32PM

Muhyiddin Yassin bersama kepimpinan PN pada sidang media di bandar Melaka, malam ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini tidak menjejaskan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya jelas beliau, PN dan parti komponennya akan terus menjadi wadah politik kepada rakyat Malaysia.

Muhyiddin Yassin - Gambar Syeda Imran
Muhyiddin Yassin - Gambar Syeda Imran

Muhyiddin juga percaya PN akan menjadi pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang.

“Kita sudah berhijrah jauh dan yakin prinsip asas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PN tidak lain menawarkan suatu bentuk parti mendokong kerajaan yang lebih baik, bersandarkan prinsip ketelusan.

“Apakah saya akan tinggalkan parti saya dan kembali kepada parti asal saya? Itu sama sekali tidak akan berlaku. Rakyat ada pilihan untuk membuat pertimbangan supaya kita dapat tawarkan sesuatu yang lebih baik,” katanya pada sidang media di bandar Melaka, malam ini.

Hamzah Zainuddin - Gambar Syeda Imran
Hamzah Zainuddin - Gambar Syeda Imran

Pada PRN hari ini, PN hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya dalam PRN Melaka.

Muhyiddin berkata, PN akan menjalankan kajian mendalam berhubung kekalahan dalam PRN kali ini dan memperbaiki kesilapan di masa depan, sekali gus bersedia untuk pilihan raya seterusnya.

“Kekalahan ini akan menjadi menjadi pengajaran dan panduan berhubung langkah seterusnya yang akan diambil oleh PN dalam pilihan raya akan datang.

“PN bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum dan PRN. Ini adalah jihad dan kita mahu supaya pengundi beri penilaian yang adil apa yang kita pertaruhkan,” katanya. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95