web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Pengundi PRN Melaka Positif COVID-19

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Nov 2021 8:51PM

Petugas SPR memeriksa suhu badan setiap pengundi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengesahkan seorang pengundi di Alor Gajah, dikesan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kes itu dikesan selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah menerima notifikasi dari Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Melekek berhubung perkara berkenaan.

“Keputusan ujian pesakit ini diterima dari makmal swasta selepas beliau selesai menjalani proses mengundi.

“Pesakit ini juga tidak menunjukkan sebarang gejala sepanjang proses itu berlangsung,” katanya hari ini.

Dr Rusdi berkata, susulan laporan itu, pihak PKD Alor Gajah mengambil tindakan segera, iaitu mengarahkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat mengundi terbabit menutup sementara kawasan berisiko, termasuk saluran mengundi untuk proses disinfeksi sepenuhnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Katanya, SPR turut mengambil langkah segera apabila membuka bilik baharu sebagai saluran mengundi.

“Pasukan pemantauan PKD Alor Gajah juga diarahkan ke pusat mengundi terbabit untuk memastikan kawalan infeksi dijalankan secara teratur.

“Jabatan memandang serius perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan dengan terperinci. Semua kontak rapat dan sosial sedang disiasat oleh Bilik Gerakan PKD Alor Gajah,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat sahih dan mengemukakan pertanyaan mengenai perkara berkenaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Tangani Krisis Kebangsaan (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau emel [email protected]. – Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 8 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad