web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka Dicemari Pengundi Tunjuk Kertas Undi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 5:55PM

Tangkap layar dari video media sosial seorang lelaki merakam dirinya membuang undi dan menunjukkan kertas undinya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, dicemari dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengundi yang sengaja menunjukkan kertas undi menerusi rakaman video diambil seseorang.

Dalam rakaman berkenaan, jelas dapat dilihat lambang parti yang dipangkah lelaki itu, malah dia dengan bangga memaklumkan bahawa dirinya memilih untuk tidak merahsiakan pilihan dibuat.

“Bak kata orang Melaka your vote is a secret, but my vote is an open secret (undi anda adalah rahsia, tetapi undi saya bukan satu rahsia).

“Sebab I choose (memilih) stability, semua orang tahu ini,” katanya ketika sedang melakukan proses mengundi.

Selepas selesai mengundi, dia dilihat mengajak pengundi untuk turun melaksanakan tanggungjawab itu dengan memilih parti pemerintah.

“Assalamualaikum hari ini, Sabtu, 20 November, hari raya mengundi orang Melaka, mari sini kita keluar mengundi pilih kerajaan.

“Jadi tuan-tuan datang, prosedur operasi standard (SOP) terjaga dengan baik, tuan-tuan pilihlah parti pilihan mengikut hati masing-masing,” katanya sambil menunjukkan calitan dakwat di jari telunjuk.

Menerusi kiriman rakaman berdurasi 26 saat diterima Getaran itu, pusat pengundian berkenaan dikatakan terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada tindakan susulan atau laporan polis sudah dibuat susulan insiden berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan larangan untuk pengundi menunjukkan atau mendedahkan undi masing-masing.

Ia bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad