web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Seorang Pekerja, Bukan Kejar Jawatan Popular- Steven Choong

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 12:43PM

Steven Choong - Gambar dari Facebook Steven Choong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong bukan saja diberikan jaminan peruntukan untuk kawasannya malah turut dijanjikan peranan penting dalam kerajaan sebaik menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau dijangka menjadi penyelaras untuk beberapa kementerian dan agensi kerajaan susulan tindakannya yang mengisytiharkan bukan lagi ahli PKR dan menyokong PN.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Choong dalam temu bualnya bersama The Vibes semalam, sekali gus mendedahkan mengapa beliau bertindak berpaling tadah dan menolak jawatan dalam Jemaah Kabinet. 

Choong mendedahkan beliau telah didekati wakil PN sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu namun hanya mengambil keputusan untuk menyertai kerajaan baharu kerana merasakan tiada penambahbaikan di kawasannya. 

Menurutnya, ramai peniaga di Tebrau mengadu bahawa pelabur asing terutama dari China tidak melabur disebabkan kerenah birokrasi dan isu dalam agensi kerajaan. 

Katanya lagi, cubaan beliau untuk bertemu dengan pegawai kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini terbantut berikutan kedudukannya sebagai ahli pembangkang. 

Justeru, beliau mengambil keputusan untuk mendekati bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini adalah ahli Bersatu yang memegang jawatan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Dakwanya, Azmin mencadangkan beliau menyertai kerajaan dan bertindak selaku ‘orang tengah’. 

“Bagaimanapun, saya memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu jawatan di mana-mana kementerian atau jawatan popular, namun tiada kerja untuk dilaksanakan. Saya seorang pekerja, saya perlu melakukan sesuatu,” katanya yang menambah turut dijemput bertemu Perdana Menteri minggu lalu. 

“Perdana Menteri bertanya kenapa saya tidak menyertai dan membantu kerajaan dengan pengalaman yang saya ada? Ketika itulah saya membuat keputusan. 

“Beliau menawarkan jawatan, namun saya memberitahunya kedudukan itu mesti membolehkan saya bekerja dan mengulangi pendirian bahawa saya tidak harus diberikan jawatan di kementerian atau jawatan popular,” katanya. 

Ahad lalu, Muhyiddin mengumumkan Choong dan seorang lagi Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) menyokongnya dan kerajaan PN. 

Choong berkata, keputusannya menyokong kerajaan PN adalah demi kepentingan pengundi Tebrau selain membangkitkan isu seperti banjir, pelupusan haram, pencemaran dan pendatang haram yang semakin menjadi-jadi di kawasannya. 

Beliau berkata, walaupun masih belum ada pengesahan daripada Muhyiddin namun peranannya sebagai penyelaras akan memfokuskan untuk mengurangkan kerenah birokrasi terutama membabitkan perniagaan dan ekonomi. 

“Saya tidak tahu jawatan sebenar yang ditawarkan namun fungsinya adalah untuk menjadi penasihat kepada kerajaan dalam isu pertindihan kuasa,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2021 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran