web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Peraih Undi Lolos Masuk, Kawalan SPR Raih Persoalan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 2:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER MOLEK - Dua peraih undi berjaya memboloskan diri masuk ke pusat mengundi di sini bagi memberi isyarat kepada pengundi untuk mengundi calon daripada parti mereka.

Bagaimanapun helah licik kedua-dua individu tersebut berjaya dikesan oleh Agen Tempat Mengundi (ATM) calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Mohd Rafee Ibrahim.

“Mereka duduk di bawah khemah yang disediakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan memberi isyarat untuk mengundi seseorang,” dedah Mohd Rafee dalam satu sidang media di Bilik Gerakan PH Ayer Molek.

“Akhirnya ATM saya berjaya meminta petugas SPR untuk memandu mereka berdua ini keluar daripada tempat mengundi.

“Saya rasa insiden-insiden seperti ini harus diberikan perhatian oleh SPR,” tambahnya.

Kejadian itu berlaku di pusat mengundi di daerah mengundi Kandang yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, di Ayer Molek.

Namun, Mohd Rafee tidak mendedahkan parti manakah yang terlibat dengan kumpulan peraih terbabit.

Selain daripada itu, Mohd Rafee juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap “layanan tidak adil” Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang menghalau ATM PH daripada pusat mengundi itu.

“Apabila saya tiba pusat mengundi itu, saya dimaklumkan oleh ATM saya bahawa KTM di situ telah mengarahkan mereka keluar atas alasan masa minima dua jam (bertugas) sudah berakhir.

“Bagi saya KTM itu sama ada cuai atau tidak memahami klausa berhubung masa minima dua jam bertugas yang diperuntukkan (dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya),” katanya.

Beliau berkata, frasa minima dalam klausa itu membawa maksud ‘sekurang-kurangnya’.

“Maknanya kalau ATM kita nak keluar (dari pusat mengundi) selepas satu jam bertugas, tempoh satu jam yang berbaki itu tidak boleh diganti.

“Malangnya selepas dua jam, ATM saya diarahkan keluar. Jadi saya sangsi samada adakah KTM itu betul-betul memahami peruntukan undang-undang itu atau kekhilafan ini sengaja dibuat,” katanya, jelas kesal dengan insiden berkenaan.

Beliau menegaskan, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut dan  berharap agar kes terbabit mendapat perhatian sewajarnya.

DUN Ayer Molek menyaksikan pertembungan empat penjuru yang turut membariskan Datuk Rahmad Mariman (Barisan Nasional), Mohd Fadly Samin (Perikatan Nasional) dan Ahmad Muaz Idris (Bebas), selain Mohd Rafee sendiri. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran