Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Melaka Sukar Diduga, PH Catat Peluang Cerah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 9:01PM

Selepas 2 minggu berkempen, esok akan menjadi penentu parti mana yang akan memerintah kerajaan negeri Melaka. - Gambar Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sememangnya membingungkan.

Ia merupakan pilihan raya yang paling mudah untuk berkempen namun amat sukar untuk dibaca dan diduga.

“Tak boleh nak buat ceramah. Tak boleh nak berhimpun. Macam mana nak ukur sentimen rakyat? Takkan asyik nak duduk makan di restoran saja atau buat 'Facebook live' saja,” keluh calon Bebas, Sabarudin Kudus yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

Mood pengundi Melaka juga agak kompleks.

Meskipun ramai yang bosan dengan pergolakan politik yang mencetuskan PRN ini, golongan ini tidak pula luntur semangat untuk keluar membuang undi esok.

Mereka seolah-olah mahu menggunakan kuasa undian untuk menghukum 'si anu dan  si polan' yang mengakibatkan ketidakstabilan di negeri bersejarah ini.

Seperti mana-mana PRN, peratusan keluar mengundi adalah penentu kemenangan bagi pihak bertanding.

Petugas SPR bersiap sedia menjelang PRN Melaka esok. - Gambar Azim Ab Rahman
Petugas SPR bersiap sedia menjelang PRN Melaka esok. - Gambar Azim Ab Rahman

Desas-desus yang dibicarakan dalam kalangan sukarelawan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah, Barisan Nasional (BN) akan menang jika peratusan keluar mengundi berada di paras bawah 40 peratus.

Telahan ini tidaklah menghairankan, kerana Melaka seperti lagi dua negeri di selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan dan Johor, merupakan kubu kuat BN.

Malah jentera BN Melaka, terutamanya UMNO, sangat tersusun gerak kerjanya, selain memiliki 'bala tentera' yang ramai.

Mungkin faktor inilah membuatkan BN menjuarai perang bendera, poster dan kain rentang sepanjang tempoh berkempen.

Ini juga pendapat penganalisis politik bahawa BN mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi PRN ini.

Perang bendera di setiap ceruk di Melaka bukan penunjuk yang tepat untuk menceritakan kekuatan mana-mana pihak. - Gambar Alif Omar
Perang bendera di setiap ceruk di Melaka bukan penunjuk yang tepat untuk menceritakan kekuatan mana-mana pihak. - Gambar Alif Omar

Bagaimanapun, memandangkan setiap undi adalah rahsia, lautan bendera dan poster parti yang membanjiri setiap ceruk di Melaka bukanlah satu penunjuk yang tepat untuk menceritakan kekuatan mana-mana pihak.

Jika tidak mana mungkin, BN boleh kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dahulu.

Untuk mengatakan bahawa BN akan menang dengan mudah di Melaka juga mungkin kurang tepat, kerana legasi yang ditinggalkannya setelah puluhan tahun memerintah negeri itu bukanlah indah semuanya.

Semasa era pemerintahan blok itu, banyak sahaja projek gajah putih terhasil daripada pembangunan, yang kini jelas, tidak dirancang dengan teliti.

Kebanyakan projek ini berkisarkan penambakan Selat Melaka.

Projek pembinaan 'Arab City' bernilai RM1 billion yang kini menjadi projek gajah putih. - Gambar Mustaffa Kamal
Projek pembinaan 'Arab City' bernilai RM1 billion yang kini menjadi projek gajah putih. - Gambar Mustaffa Kamal

Contohnya, pembinaan “Arab City” bernilai RM1 billion yang kini terbengkalai serta pembangunan 'Melaka Gateway', berjumlah RM43 billion dan berakhir dengan kes saman pemaju ke atas kerajaan negeri kerana menamatkan kontrak mereka.

Pembangunan 'Melaka Gateway', bernilai RM43 billion. - Gambar Mustaffa Kamal
Pembangunan 'Melaka Gateway', bernilai RM43 billion. - Gambar Mustaffa Kamal

Ironinya, kedua-dua projek kontroversi ini dibuat di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan yang penambakannya turut mendapat kritikan ramai.

Adly Zahari - Gambar Azim Abd Rahman
Adly Zahari - Gambar Azim Abd Rahman

“BN gemar menjanjikan bahawa semua projek seperti ini bukan sahaja akan membawa masuk duit kepada negeri malah, akan menghasilkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan,” kata bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.

“Mana dia peluang pekerjaan yang dijanjikan itu?” soal Adly, yang merupakan calon Ketua Menteri (KM) Pakatan Harapan (PH) dan bertanding di kerusi DUN Bukti Katil.

Seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan yang lalu, BN kini dikritik teruk kerana mahu meneruskan satu lagi pembangunan mega yang membabitkan penambakan laut, iaitu “Melaka Waterfront Economic Zone” (M-WEZ).

Sulaiman Md Ali - Gambar Alif Omar
Sulaiman Md Ali - Gambar Alif Omar

Tidak seperti Adly yang lebih tertib dan cermat dalam menyatakan pendiriannya yang tidak setuju dengan projek penambakan laut, calon KM BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula lebih lantang dalam mempertahankan M-WEZ.

“Bukannya kita nak tambak laut sampai ke Indonesia!,” jawabnya sinis kepada pemberita yang bertanya soal M-WEZ dalam satu sidang media di Ayer Keroh, dua hari lalu.

Pembangunan di Melaka adalah perkara yang agak rumit.

Kalau silap perencanaannya, maka terjejaslah imej sejarah dan warisan yang menjadi pelaris utama industri perlancongan negeri sarat dengan peninggalan bangunan era kolonial itu.

“Kami tiada balak, petroleum mahu pun emas. Melaka hanya ada perlancongan sahaja dan rakyatnya amat berbangga dengan sektor ini,” ujar Endie Shazlie Akhbar, seorang Naib Presiden di sebuah firma analisis.

Tambahnya, ketika zaman kemuncak sektor pelancongan Melaka, kesemua bilik hotel di negeri akan habis ditempah pada hujung minggu.

“Malah, Melaka pernah menyumbangkan lebih banyak dana kepada kerajaan Persekutuan berbanding apa yang diperuntukkan kepadanya,” ujarnya.

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar Mustaffa Kamal
Mas Ermieyati Samsudin - Gambar Mustaffa Kamal

Berbalik kepada M-WEZ, buat masa ini hanya calon KM daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sahaja yang masih belum mengutarakan pendapatnya tentang pembangunan mega itu.

Ini tidaklah menghairankan kerana pencalonannya sebagai KM hanya diumumkan petang semalam oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ucapan tahniah kepadanya yang ditulis oleh Ahli Parlimen Ampang (PN), Datuk Zuraida Kamaruddin dalam buku pelawat di bilik gerakan beliau di Tanjung Bidara pada 14 November menunjukkan bahawa perkara itu sudah lama dirancang.

“Alhamdulillah. Syabas dan tahniah Mas. Semoga berjaya diangkat sebagai Ketua Menteri wanita yang pertama,” tulis Zuraida.

Percaturan ini mungkin boleh membuahkan hasil kepada PN kerana menurut maklumat SPR, Melaka mempunyai pengundi wanita yang lebih ramai berbanding lelaki, iaitu sebanyak 51.4 peratus ataupun 254, 666 pengundi.

Namun, dalam sidang medianya di bilik gerakannya semalam, Mas Ermieyati tidak menganggap pencalonannya itu sebagai satu kelebihan yang mantap.

“Bagaimana pun, ini adalah satu pengiktirafan bukan sahaja buat wanita dalam PN, tetapi bagi semua wanita di seluruh negara.

“Saya merayu kepada seluruh penghuni Melaka untuk memberikan sokongan kepada calon PN supaya dapat merealisasikan seorang KM daripada kaum wanita,” pinta Mas Ermieyati.

Di DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati, bakal berentap dalam pertembungan tiga penjuru yang membabitkan calon daripada BN dan PH.

Tetapi, bagi mereka yang arif tentang politik Melaka, seteru Mas Ermieyati yang sebenarnya adalah 'gergasi BN', iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kalau ikutkan sejarah politik Melaka, BN, khususnya UMNO, tidak pernah kalah di Tanjung Bidara dan meskipun Mas Ermieyati bertanding di bawah panji PN, beliau merupakan bekas pemimpin UMNO yang tersohor di negeri itu.

Malah, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga merupakan bekas Ketua Puteri UMNO sebelum melompat parti selepas BN kalah dalam PRU14.

Hubungan Mas Ermieyati dengan kaum Hawa di Tanjung Bidara adalah sangat akrab sehinggakan ada kaum ibu UMNO yang datang meraikan sambutan hari jadinya pada Sabtu lalu.

Di Malaysia, politiknya masih didominasi kaum, oleh itu percaturan PN dalam mencalonkan seorang wanita sebagai calon KM sudah semestinya satu usul yang menarik.

Lebih-lebih lagi kerana dalam politik Melayu, wanitalah yang membentuk tulang belakang jentera-jentera parti. – Getaran, 19 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Politik 15 jam yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri