web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abang Johari Timbang Bertanding Di Kawasan Baharu Pada PRN Sarawak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 2:35PM

Abang Johari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEDONG (Sarawak) - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan menimbangkan sama ada terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti, atau beralih untuk bertanding di kawasan DUN Gedong.

Beliau berkata demikian susulan pelawaan penyandang kerusi DUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais supaya Ketua Menteri itu bertanding di kawasan berkenaan, ekoran keputusan Naroden untuk tidak mempertahankan kerusi itu dalam PRN Sarawak nanti.

“Saya akan timbangkan (pelawaan Naroden). Insya-Allah saya akan buat keputusan saya. Saya pun terpaksa madah (beritahu) orang (pengundi di DUN) Satok juga (terlebih dahulu),” katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Lubok Teranggas-Gedong di sini hari ini.

Terdahulu Mohd Naroden semasa berucap di majlis itu mempelawa Abang Johari untuk bertanding di DUN Gedong nanti kerana Ketua Menteri itu disifatkannya memiliki kuasa dan tenaga untuk mempercepatkan lagi pembangunan di kawasan DUN berkenaan.

“Saya dengan relanya membuka ruang kalau Yang Amat Berhormat (Abang Johari) sudi mengambil alih masuk ke pintu gerbang DUN 26 Gedong dalam PRN Sarawak nanti,” katanya.

Abang Johari berkata agak terlalu awal bagi Mohd Naroden mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding dalam PRN ini, namun beliau akan tetap menghormati keputusan berkenaan sekiranya ia muktamad.

“Kalau Datuk Naroden (tetap mahu) berhenti (menjadi ADUN), saya minta Datuk Naroden terus bantu saya dari sudut perancangan kerajaan. Ada cara saya, sekiranya (keputusan) beliau kuat (muktamad) nak berhentilah, tapi saya tidak mahulah beliau berhenti,” tambahnya.

Mohd Naroden, 68, yang juga Menteri Muda Pembangunan Usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak menjadi ADUN Gedong sejak kawasan DUN itu diwujudkan dalam PRN-11 pada tahun 2016.

Sebelum itu beliau menjadi ADUN Simunjan selama lima penggal bermula dari 1991 hingga 2011, manakala Abang Johari pula telah menjadi ADUN Satok selama sembilan penggal bermula dari 1991. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad