web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Awal Catat Hampir 90 Peratus

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:12PM

Petugas SPR membawa beg mengandungi kertas undi awal dari IPK Melaka ke Balai Polis Batu Berendam untuk disimpan di situ sehingga PRN Melaka pada Sabtu ini - Gambar Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Undian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini berakhir dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 89.90 peratus, bersamaan dengan 10,390 pengundi.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, pada jam 7:05 petang hari ini, setelah proses membuang undi tamat  5.30 petang tadi.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama,” katanya.

Pengundian awal membuka tirai tepat pada jam 8 pagi, membabitkan 11,557 anggota polis, tentera dan pasangan di seluruh negeri.

Ia berlangsung di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) dalam 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Antara lokasi terlibat adalah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak I dan II, Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin selain beberapa balai polis.

Berdasarkan maklumat SPR, pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis di Melaka.

Proses pengundian berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebagai mencegah penularan COVID-19. – Getaran, 16 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95