web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar SOP PRN, Parti Politik Dikompaun RM198,000

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 8:31PM

Razali Abu Samah - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AYER KEROH - Sebanyak 16 kompaun bernilai RM198,000 dikeluarkan terhadap parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah, berkata daripada jumlah itu, 11 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tiga lagi daripada pasukan khas pemantau PRN Melaka.

Katanya, pasukan pemantau multimedia PDRM juga membuat 130 laporan polis berhubung pelanggaran SOP sepanjang tempoh berkempen, bermula dari hari penamaan calon iaitu 8 November lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 41 kertas siasatan dibuka manakala penganjur serta individu yang sudah dikenal pasti dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan ini akan dilengkapkan secepat mungkin dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka hari ini.

Razali Abu Samah
Razali Abu Samah

Menurut beliau, antara kesalahan yang dikenal pasti kerap dilakukan adalah berkempen dari rumah ke rumah untuk menghantar risalah kepada pengundi.

“Selain itu, mereka juga dikesan berkempen di kedai makan menggunakan baju berlogo parti secara berkumpulan tanpa penjarakan fizikal dan mengadakan sidang media secara terbuka dengan kehadiran ramai.

“Ada juga parti yang mengadakan mesyuarat di bilik gerakan walaupun ia tidak dibenarkan. Berdasarkan pemantauan juga, kebanyakan parti politik membuat aktiviti dengan kehadiran ramai dalam walkbout, ia juga menyalahi SOP ditetapkan,” katanya.

Siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad