web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Awal, 11,557 Pengundi Dijangka Keluar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Nov 2021 1:54PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Seramai 11,557 pengundi awal dijangka keluar mengundi di 31 Pusat Mengundi Awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata Pusat Pengundian Awal akan mula dibuka jam 8 pagi.

“Jumlah pengundi awal ini terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, proses pengundian awal ini juga akan disaksikan oleh ejen semua calon yang bertanding.

“Selain itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini menerusi penstriman langsung di Facebook SPR,” katanya.

Ikmalrudin berkata, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di beberapa lokap balai polis yang sudah dikenal pasti.

“Kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 November, bermula jam 4 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen masing-masing,” katanya. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95