web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peja, Jangan Meludah Ke Langit - Howard Lee

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 2:18PM

Howard Lee - Gambar facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP dan AMANAH Perak tidak pernah bergaduh sesama sendiri sewaktu berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), walaupun wujud ketegangan antara mereka.

Mantan EXCO Perak, Howard Lee menegaskan, keadaan itu sama sekali berlainan dengan situasi menyelubungi UMNO.

Menurut beliau, tuduhan dilemparkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini, kononnya mantan Menteri Besar Perak itu terpaksa menguruskan pergaduhan antara DAP dan AMANAH setiap hari ketika memimpin kerajaan negeri berkenaan jelas tidak berasas.

Howard berkata, selaku anggota EXCO dikepalai Ahmad Faizal waktu itu, beliau mengesahkan bahawa ketegangan yang wujud dalam kalangan ahli kedua-dua parti tidak membawa kepada pergaduhan.

“Sekurang-kurangnya sekiranya ada pun pergaduhan antara DAP dan AMANAH, tidak sehingga seperti antara PAS, UMNO dan BERSATU di Perak, sehingga Menteri Besar BERSATU diguling rakan daripada UMNO.

“Mungkin beliau (Ahmad Faizal) sudah lupa bahawa acap kali sesuatu isu berbangkit yang tidak mencapai konsensus antara keempat-empat parti, beliau sendiri yang melaga-lagakan hubungan baik antara ahli EXCO,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Susulan tuduhan itu, Howard menasihatkan Ahmad Faizal berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menunjukkan penipuan atau keburukan sendiri.

“Nasihat saya kepada beliau dari orang Perak kepada orang Perak, ‘nak beda’ah pun, jangan ludah langit, ate muka miker sendiri yang kena dan jangan ingker nak nyangkoi kubor orang, nanti miker sendiri yang jerombab ke dalam’.

“Maksudnya, kalau hendak berbohong, jangan sampai meludah langit sehingga muka sendiri yang kena dan jangan seronok sangat menggali kubur orang, nanti sendiri pula yang jatuh ke dalam,” kata Ketua Pemuda PH itu dengan sinis.

Mengulas lanjut, Howard yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji memberi contoh, sikap melaga-laga dilakukan Ahmad Faizal dapat dilihat dalam cadangan pembinaan kilang pemprosesan unsur nadir bumi bukan radioaktif dan kilang pemprosesan minyak serta gas yang kedua-duanya terletak di Perak.

Katanya, terdapat wakil DAP dan AMANAH menyuarakan kekhuatiran mereka berkaitan alam sekitar yang pasti akan terjejas, namun di luar mesyuarat itu, Ahmad Faizal sendiri membisikkan kepada ahli EXCO yang menolak cadangan berkenaan, kononnya ada di antara anggota dua parti berkenaan sudah bersetuju.

Bagaimanapun, mereka kemudian mendapat tahu, perkara tersebut adalah tidak benar dan hanya kisah dongeng ciptaan Ahli Parlimen Tambun berkenaan.

“Banyak lagi contoh kejadian tipu-menipu seperti ini. Namun, saya tidak menulis hanya untuk membuka aib beliau, itu bukanlah tujuannya.

“Saya tidak boleh menyatakan pendirian EXCO lain kerana ia bukan hak saya, tetapi saya antara yang paling lantang menentang cadangan itu.

“Tetapi telatah beliau dan taktik pecah-belah dengan membeli hati orang dapat dilihat yang akhirnya bersekongkol dengan beliau untuk mengkhianati PH sewaktu Langkah Sheraton,” katanya.

Jelasnya, ‘pergaduhan’ kerana hendak melakukan dan mencapai yang terbaik adalah lumrah politik.

Selama AMANAH, DAP dan PKR bersama, Howard sememangnya tidak pernah menafikan bahawa ketiga-tiga parti itu  kerap membawa pendapat serta pendirian berbeza.

“Namun akhirnya kita tetap mendakap semangat meski pendapat berbeza, yang akhirnya kami pertahankan keputusan secara bersama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

“Seperti biasa, Ahmad Faizal yang sentiasa mahu menampilkan pesona sempoi serta bersahaja, dialah sebenarnya lidah bercabang dan bermuka-muka, tetapi tidak mengapa.

“Kata-kata beliau hanya akan menyedarkan orang ramai bahawa keperibadian dimilikinya tidak sebaik digambarkan,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 38 minit yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

Semasa 6 hari yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95