web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: 23 Kontak Rapat Petugas Jentera Positif COVID Dikesan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 9:26PM

Jabatan Kesihatan Melaka telah mengesan 23 kontrak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti yang positif COVID. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA- Jabatan Kesihatan negeri telah mengenal pasti 23 orang kontak rapat kepada seorang petugas jentera sebuah parti politik yang didapati positif COVID-19, dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman berkata individu berasal dari Pahang itu berada di negeri ini sejak 1 November, bagi membantu jentera partinya dalam pilihan raya di Melaka dan arahan penutupan bilik gerakan telah dikeluarkan bermula hari ini, memandangkan terdapat risiko penularan di lokasi itu.

“Beliau telah dikesan positif melalui ujian RTK-Ag di sebuah klinik swasta pada 9 Nov selepas mengalami gejala dan sedang menunggu keputusan RT-PCR. Semua kontak rapat dari Pahang yang juga petugas dan rakan serumah, telah diarahkan melakukan ujian sama serta menjalani kuarantin bermula semalam.

“Siasatan juga mendapati selain daripada hanya berada di rumah sewa yang bertindak sebagai ‘Call Centre’, individu positif itu juga ada melawat Bilik Gerakan parti politik berkenaan di Alai,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Rusdi berkata kompaun bernilai RM10,000 turut dikenakan kepada parti politik tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021, kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya ia berikutan tiada saringan suhu dijalankan, tiada buku rekod kehadiran disediakan dan gagal mengemukakan rekod saringan ujian RTK-Ag kendiri setiap dua hari, yang perlu dijalankan terhadap petugas atau jentera pilihan raya.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat dan kontak sosial yang lain, dan setelah proses disinfeksi selesai dijalankan segala ketidakpatuhan diperbaiki, pihak berkenaan boleh membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk penilaian risiko bagi membuka semula Bilik Gerakan tersebut.

“Penularan dalam skala lebih besar boleh berlaku sekiranya pesakit positif COVID-19 terdedah dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan kewujudan kluster baharu, justeru jabatan kesihatan memandang serius perkara yang berlaku ini dan jentera pilihan raya semua parti serta orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad