Berita Terkini

6 jam yang lalu: Harga RON97 turun tiga sen kepada RM2.99 seliter, harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 9 Dis - 15 Dis - Kementerian Kewangan 6 jam yang lalu: PDRM menawarkan diskaun kompaun saman terpilih sehingga 80 peratus bermula esok sehingga Ahad ini sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia 7 jam yang lalu: 5G: DNB akan diminta adakan perbincangan mengenai model sistem rangkaian borong tunggal bersama Ahli-ahli Parlimen pembangkang – Annuar Musa 8 jam yang lalu: 5,020 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: Indonesia dijangka hantar 5,000 hingga 10,000 rakyatnya untuk bekerja di negara ini, bulan depan - M. Saravanan

IKUTI KAMI


Parti Padu Kempen Media Sosial Mungkin Mampu Tarik Pengundi

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 7:53AM

Calon-calon yang bertanding pada PRN Melaka terpaksa berkempen menggunakan media sosial seperti yang ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penetapan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuatkan calon dan jentera parti bertanding pening kepala memikirkan kaedah promosi atau kempen yang boleh dilaksanakan untuk mendekati rakyat setempat.

Masakan tidak, SOP pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara itu, mensyaratkan ceramah menghimpunkan orang ramai tidak dibenarkan dan ia mencakupi aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah pengundi serta aktiviti walkabout bagi mematuhi penjarakan sosial.

Sebaliknya, calon diberi kebenaran untuk memaksimumkan kempen menggunakan medium atas talian atau media sosial.

Turut diterima pakai ialah kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu ditetapkan mengikut permit khas daripada pihak polis.

Walaupun mereka turut dibenarkan untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti serta gambar pemimpin parti diwakili, ketiadaan kempen bersemuka dianggap mematikan suasana meriah sebagaimana lazim.

Setuju atau menolak, suka atau tidak dengan kempen norma baharu itu, arahan berkenaan wajib dipatuhi dalam usaha mengelakkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19.

Dr. Mazlan Ali
Dr. Mazlan Ali

Berbicara mengenai kekangan dialami parti untuk mengadakan kempen secara bersemuka, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, setiap parti perlu merencana strategi paling berkesan bagi memastikan misi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tercapai.

Dalam keadaan itu, katanya, mana-mana parti politik yang bijak dan kreatif dalam menggunakan media sosial sepanjang kempen, mempunyai potensi lebih besar untuk menambat hati pengundi, seterusnya berpeluang memenangi kawasan diwakili.

“Sekarang apa paling penting adalah sejauh mana mereka (parti dan calon) boleh memanipulasi media sosial.

“Cara berkempen siapa lebih kreatif dan sesuai dalam mewujudkan satu bentuk kempen baharu, pihak ini mungkin boleh menguasai keadaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mazlan berkata, calon yang bertanding atas mana-mana tiket parti juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mendekati pengundi yang tidak memiliki akses internet atau media sosial.

Kekangan untuk mengadakan kempen secara bersemuka, katanya, menyukarkan calon menyampaikan manifesto mereka kepada segelintir pengundi.

Jelasnya, selain menggunakan media sosial, calon boleh mendekati pengundi menerusi cara mengelilingi kawasan dengan menggunakan pembesar suara.

“Pengundi di kawasan kampung ini kalau susah ditemui calon ketika berkempen, payahlah untuk parti mahu menambat hati mereka,” katanya.

Selain itu, Mazlan berkata, menerusi pemerhatiannya mengenai peluang parti politik untuk menawan hati pengundi di negeri berkenaan, beliau berpendapat Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang lebih besar disebabkan wujud perpecahan undi Melayu antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN) yang tidak bertanding di bawah payung sama.

Bagaimanapun, katanya, PH dijangka tidak mampu menubuhkan kerajaan di negeri bertaraf kota warisan dunia itu atau berkemungkinan tidak memperoleh kerusi majoriti untuk membentuk pentadbiran sendiri.

Situasi itu, jelasnya, berkemungkinan menyebabkan penjajaran semula perlu dilaksanakan untuk mewujudkan kerajaan campuran bagi membolehkan Melaka memiliki kerajaan sah.

“Saya tidak nampak siapa akan dominasi dan mungkin juga ketiga-tiga parti boleh menang. Susah kita mahu ramal berikutan beberapa faktor, terutama kerana pilihan raya ini diadakan dalam keadaan COVID-19 yang menyebabkan orang takut keluar mengundi.

“Pada masa sama, saya tidak fikir PN langsung tidak ada kekuatan walaupun tiada harapan diletakkan untuk parti ini menang kerana mungkin sekurang-kurangnya boleh memberi persaingan,” katanya.

Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar turut bersetuju bahawa strategi berkempen yang dijalankan secara maya perlu menjadi keutamaan calon kerana mampu mencerahkan peluang mereka untuk dipilih di PRN Melaka.

Menurut beliau, usaha itu membolehkan rakyat menilai prestasi dan kelebihan dimiliki setiap calon yang menjadi penanda aras, untuk mereka menentukan siapa akan terpilih biarpun tanpa medan kempen bersemuka secara besar-besaran.

Sama seperti rakyat di negeri lain, calon katanya harus menyedari bahawa penduduk Melaka juga bijak dalam menilai ‘mana batu dan mana permata’ bagi memastikan masa depan serta nasib mereka sentiasa dibela.

“Rakyat negeri ini juga akan melihat prestasi dan tempoh kerajaan yang memerintah sebelum ini dan memberi mandat kepada pemerintahan yang banyak membantu mereka.

“Dalam keadaan rakyat tengah susah ketika ini, mereka tidak mahu lagi merana selepas PRN Melaka, jadi mereka kena cari atau pilih parti yang betul-betul boleh membantu mereka,” katanya.

Rusdi berkata, strategi dilaksanakan BN yang menampilkan majoriti atau 24 daripada 28 calon muka baharu dilihat perubahan yang baik dan wajar dilaksanakan demi menambah hati pengundi.

“Perubahan ini menunjukkan kepimpinan parti mendengar keluh kesah sama ada daripada penyokong atau pemimpin muda mereka, terutama dalam misi kembali menarik pengundi di negara ini.

“BN ini, terutama UMNO sememangnya kena berubah kalau mahu menambat kembali hati rakyat, bukan sahaja di Melaka, malah di negeri lain. Maknanya perubahan kepimpinan itu perlu ada tambahan dalam kalangan wakil rakyat yang sudah banyak kali menang, cukuplah,” katanya.

Ditanya adakah pendekatan BN menampilkan ramai ‘calon segar’ di PRN Melaka mampu memberi kemenangan besar kepada parti itu, Rusdi menganggap perkara terbabit boleh berlaku namun sukar memandangkan akan wujud persaingan sengit dalam kalangan parti berkenaan dengan PH dan PN.

“Konklusi saya mudah sahaja, iaitu dalam keadaan sekarang ini saya tak nampak BN tak boleh menang, tetapi sengitlah. Maka BN tidak boleh kata dia akan menang dengan majoriti besar kerana kalau menang pun mungkin satu atau dua kerusi,” katanya.

Menjawab persoalan adakah keputusan PAS memilih bekerjasama dengan PN untuk PRN Melaka sebagai kesilapan, memandangkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dianggap segelintir pihak sukar menang berbanding BN dan PH, Rusdi menganggap itu berkemungkinan strategi parti berkenaan.

Beliau berkata, tindakan PAS untuk bertanding di pilihan raya itu juga sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada parti terbabit, tetapi sebagai medan ujian untuk melihat prestasi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15).

Malah, katanya, sesuatu yang tidak mengejutkan jika PAS akan ‘melompat’ untuk kembali bersama-sama sekiranya PRN Melaka dimenang UMNO.

“PAS tahu kalau dia bertanding pun, kekuatan PAS dan BERSATU di Melaka jika mahu dibandingkan dengan BN dan PH saya ingat susahlah. BN dan PH ini sudah lama pernah jadi kerajaan, tetapi PAS tidak pernah pun dan dia bertanding di 24 kerusi di Melaka pada PRU-14 pun semua kalah,” katanya. - Getaran, 12 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

3

Politik 2 minggu yang lalu

Walaupun Kalah, Undian PAS Meningkat - Tuan Ibrahim

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Melaka Buktikan Demokrasi Malaysia Lebih Positif

Sorotan

1

Sindiket Rokok Seludup Tumpas, 2 Lelaki Ditahan

2

Atletico Mara, Liverpool Kekal Sempurna

3

'Red Notice' Filem Paling Banyak Ditonton Di Netflix

4

Singapura Sahkan 2 Kes Import Positif Varian Omicron

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Berakhirnya Era Pasangan Peng Soon-Liu Ying Dalam Badminton

Sukan 1 hari yang lalu

Kejohanan Muay Thai Dunia, Malaysia Tak Letak Sasaran Pingat

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Laksana Pemberian 157,000 Dos Penggalak Secara Percuma Mulai Esok

Sukan 15 jam yang lalu

Atletico Mara, Liverpool Kekal Sempurna