web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagasan Bebas Satukan Calon, Jamin Angkat Suara Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 12:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Jika pada pilihan raya sebelum ini calon bertanding atas tiket Bebas hanya dikenali sebagai ‘ejen pemecah undi’ namun kini senario itu berubah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Uniknya pada PRN kali ini, sebuah organisasi dikenali sebagai Gagasan Bebas (BEBAS) diwujudkan untuk menawarkan khidmat menyatukan calon Bebas di seluruh negeri agar bekerjasama sebagai satu blok yang serius mengangkat suara rakyat ke peringkat tertinggi.

Jurucakap BEBAS berkata, pihaknya sudah mengenal pasti calon-calon Bebas yang bertanding untuk ditawarkan kerjasama bagi menggerakkan kempen secara lebih sistematik.

Bagaimanapun menurutnya, calon tersebut harus menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk tidak menyertai mana-mana parti politik sekiranya berjaya memenangi kerusi ditandingi.

“Setakat ini seramai 13 calon Bebas di seluruh negeri telah bersetuju secara prinsip untuk menandatangani SD berkenaan namun terdapat dua lagi calon masih mempertimbangkan perkara ini.

“Mereka tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik sebaliknya mengikat ikatan dengan rakyat menerusi SD yang ditandatangani ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jurucakap itu berkata, calon Bebas jika menang boleh memberi sokongan kepada mana-mana parti yang tidak berjaya membentuk kerajaan, namun tidak boleh menjadi sebahagian daripada ahli.

“Mereka dibenarkan memberi sokongan bagi membentuk kerajaan jika tiada satu pun parti yang ada majoriti namun jika mereka enggan ia tidak menjadi satu kesalahan atau melanggar SD.

“Cuma, kami berharap mereka menggunakan kebijaksanaan dalam memberikan sokongan supaya kerajaan yang ditubuhkan stabil sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya.

Sebagai rekod, terdapat 16 calon bertanding atas tiket Bebas dalam PRN Melaka, termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang dua kali mengubah pendirian politik sehingga menjatuhkan kerajaan negeri.

Jurucakap itu berkata lagi, syarat utama bagi calon Bebas mengikat kerjasama atas platform BEBAS adalah mereka perlu bersih daripada sebarang aktiviti ‘tidak sihat’ dan mempunyai rekod yang baik.

“Justeru, kami tidak mendekati mana-mana ahli politik atau calon Bebas yang mempunyai sejarah melompat parti, sekali gus mengganggu gugat kestabilan politik di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, BEBAS akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada calon yang mengikat janji dengan mereka, antaranya dengan menyokong kempen di platform media sosial untuk menaikkan populariti calon di kalangan pengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menafikan bahawa BEBAS ditaja oleh mana-mana individu atau tokoh politik ternama seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Kami dituduh ditaja oleh dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak sedangkan dana kami kesemuanya dikumpul menerusi pembiayaan awam,” katanya. - 10 November, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Muat Naik Video Guna Senjata Api Tanpa Lesen, Calon PRU-15 Ditahan

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Penyertaan Tertinggi 108 Calon Bebas Bertanding Kerusi Parlimen

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

4

Politik 4 tahun yang lalu

Tanding Bebas, Najib Lep Dedah Dirisik Presiden Parti

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad