web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muat Naik Video Guna Senjata Api Tanpa Lesen, Calon PRU-15 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu termasuk seorang calon Bebas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diberkas bagi membantu siasatan berkaitan video penggunaan senjata api tanpa lesen yang tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan berkaitan video tersebut diterima pihaknya kira-kira jam 6.53 petang.

Menurut beliau, video berkenaan dimuat naik oleh wanita itu di dua platform media sosial miliknya iaitu TikTok dan Instagram.

“Siasatan mendapati klip video melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor itu dimuat naik seorang pengguna media sosial di dua platform media sosial miliknya, iaitu TikTok dan Instagram.

“Susulan insiden, dua individu terdiri daripada seorang lelaki berumur 41 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun diberkas kira-kira jam 10.20 malam oleh sepasukan anggota polis di kawasan Petaling Jaya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, tular video di media sosial memaparkan seorang individu melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor di sini.

Mengulas lanjut, Ku Mashariman berkata, pihaknya juga berjaya merampas beberapa peralatan termasuk senjata dipercayai digunakan dalam video tersebut.

“Antara dirampas adalah sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak peluru jenis Glock dan 12 butir peluru hidup.

“Selain itu, turut dirampas adalah satu kad Persatuan Menembak Selangor dan sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 8(A), 8(B) dan Seksyen 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kegagalan Kontraktor Bekal Senjata Api, KDN Rugi Lebih RM6 Juta - LKAN

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad