web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Penyertaan Tertinggi 108 Calon Bebas Bertanding Kerusi Parlimen

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 8:08PM

Peguam, Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim adalah salah seorang calon Bebas yang bakal bertanding di Parlimen Batu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini menyaksikan jumlah penyertaan calon Bebas paling ramai bertanding kerusi Parlimen dalam sejarah politik negara iaitu seramai 108 orang.

Bilangan itu mengatasi jumlah calon Bebas yang bertanding kerusi Parlimen pada PRU-14 iaitu seramai 24 orang dan 79 orang pada PRU-13. 

Pada PRU kali ini, calon Bebas terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk aktivis, profesional dan mereka yang tidak dicalonkan oleh parti masing-masing termasuk bekas Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang @ Tian Chua dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Mereka juga menggunakan pelbagai logo.  

Paling ramai adalah di Parlimen Batu yang menyaksikan empat calon Bebas bertanding daripada keseluruhan 10 calon iaitu Tian Chua, peguam Siti Zabedah Kasim yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, pempengaruh media sosal Nur Fathiah Syazwan Shaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran Cleopatra serta seorang lagi pencabar, Too Cheng Huat.

Di Parlimen Ampang pula, tiga calon Bebas mencuba nasib iaitu M. Raveen, Muhammad Syafiq Izwan Mohd Yunos dan Tan Hua Meng manakala di Parlimen Kota Raja meyaksikan tiga calon Bebas iaitu K. Kumar, P. Raveetharan dan S. Surendhar. 

Bagi Parlimen Bangi, tiga calon Bebas mempertaruhkan diri untuk merebut kerusi kawasan itu iaitu Jamal Hisham Hashim, Muhammad Fauzi Hasim dan M. Suthan; di Taiping pula melibatkan tiga calon Bebas iaitu M. Mohganan, Dr A. Rama Moorthy dan Leow Thye Yih sementara tiga calon Bebas bertanding di Parlimen Sungai Siput iaitu N. Rajah, R. Indrani dan Baharudin Kamarudin.

Selain itu, tiga calon Bebas bertanding di Parlimen Sandakan iaitu Lita Tan Abdullah, Lokeman Hazli Azali dan Hu Chang Lik @ Hii Chang Lik serta tiga calon Bebas di Kanowit iaitu Elli Luhat, Chen Nguk Fa dan Michael Anak Lias. 

Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat calon Bebas mempunyai peluang untuk menang sekiranya mereka mempunyai tarikan selain sokongan daripada mana-mana parti politik.

Mengambil contoh kemenangan P. Prabakaran yang memenangi kerusi Parlimen Batu pada PRU-14 dengan sokongan Pakatan Harapan (PH), Mohd Azizuddin percaya mana-mana calon Bebas yang menggunakan strategi sama berpeluang untuk menjadi Ahli Parlimen. 

“...kalau dia merupakan pemimpin tempatan yang terkenal, (calon Bebas) ini mungkin ada peluang untuk menang malah, PRU-14 menjadi bukti tiga calon Bebas menang di kerusi Parlimen iaitu Batu, Julau dan Lubok Antu. 

“Namun, ada calon Bebas yang sukarela (bertanding) dan ada juga yang ‘planted’ (ditempatkan) untuk memecah undi kepada parti politik lain yang bertanding di kerusi itu sekali gus memberi kesan kepada majoriti dan keputusan penuh hari mengundi nanti,” katanya kepada Bernama.

Selain Prabakaran, dua lagi calon Bebas yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU-14 ialah Datuk Larry Sng bagi Parlimen Julau dan Jugah Muyang bagi kerusi Parlimen Lubok Antu.

Pada PRU-15, ketiga-tiga mereka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing dengan Prabakaran mewakili PKR atas tiket PH manakala Sng bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Jugah mewakili Perikatan Nasional (BN). 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Bahan Boleh Sebabkan Kebakaran Pada Botol Disyaki IED - Ayob Khan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad