web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Norma Baharu, Perang Bendera Tetap Meriah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 1:39PM

Beberapa petugas jentera parti BN memasang dan memacak bendera di Tanjung Bidara, sempena PRN Melaka, malam tadi. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini penuh dengan halangan dek prosedur operasi standard (SOP) akibat wabak COVID-19, namun ‘perang bendera’ antara parti bertanding tetap meriah.

Tinjauan Getaran di beberapa kawasan sekitar Masjid Tanah yang menjadi lokasi pertembungan dua tokoh politik Melaka iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Barisan Nasional) dengan Datuk Mas Ermieyati Shamsudin (Perikatan Nasional) mendapati, penyokong masing-masing sudah memulakan kerja-kerja pemasangan bendera di kawasan berkenaan.

Kerja ‘memacak’ panji-panji parti dimulakan malam tadi sebaik saja proses penamaan calon disempurnakan pada sebelah pagi, sebagai simbolik bermulanya tempoh berkempen selama dua minggu sempena pilihan raya.

Walaupun berhadapan dengan SOP ketat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kemeriahannya tetap dirasai.

Seorang pekerja swasta yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Pasir Gembur, Ariff Rosli berkata, pemasangan bendera sempena pilihan raya adalah satu ‘ritual’ penting untuk menaikkan semangat calon dan pengundi di kawasan tersebut.

Katanya, ia secara tidak langsung menaikkan keghairahan pengundi untuk keluar mengundi pada tarikh ditetapkan, selain menjadi bukti dalam menentukan pengaruh siapa lebih kuat di sesuatu kawasan.

“Walaupun nampak kerja pemasangan bendera ini amat mudah, namun ia memerlukan strategi supaya kita tidak kalah kepada parti lawan.

“Bagi kami, ketua pemuda di sini sudah menetapkan supaya sentiasa memantau jumlah bendera dipasang pihak lawan, jika mereka pacak 500 bendera kami mesti pacak 1,000,” katanya ketika ditemui Getaran malam tadi.

Anggota polis meminta petugas jentera parti bersurai kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu berkumpul melebihi jumlah yang dibenarkan.
Anggota polis meminta petugas jentera parti bersurai kerana tidak mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu berkumpul melebihi jumlah yang dibenarkan.

Bagaimanapun, keghairahan mereka memasang bendera terbantut seketika dengan kehadiran pihak polis yang membuat pemantauan di lokasi tumpuan bagi mengelakkan sebarang pelanggaran SOp oleh mana-mana pihak.

Kumpulan anak muda terbabit diarahkan untuk bersurai kerana bilangan mereka yang melebih enam orang dianggap sebagai kesalahan SOP PRN.

Selain itu, di pihak lawan iaitu PN, jenteranya turut giat melakukan perkara namun dalam jumlah tenaga kerja yang lebih kecil iaitu tiga ke empat orang untuk satu-satu lokasi.

Menurut Muhammad Tarmizi Abd Malik, mereka membahagikan tenaga kerja kepada beberapa kumpulan kecil menepati kehendak SOP ditetapkan.

“Setakat ini, kerja memasang bendera PN giat dilakukan jentera parti tidak kira daripada PAS atau pun BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), kita jangka semuanya siap dalam masa dua hingga tiga hari lagi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Tarmizi, apa yang uniknya di kampung Pasir Gembur, Tanjung Bidara adalah ketika hari mengundi tamat nanti.

“Walaupun berbeza parti namun sebaik tempoh mengundi selesai, kami (penduduk kampung) akan membahagikan tugas mengikut kawasan ditetapkan untuk menurunkan bendera tanpa mengira apa jua logo yang tertera.

“Ia menunjukkan semangat kami sebagai penduduk kampung tidak terpadam dengan hanya perbezaan pegangan dalam politik,” katanya.

Bagaimanapun, tinjauan Getaran mendapati jentera blok ketiga dalam pertembungan tiga penjuru di Tanjung Bidara iaitu Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang persiapan setakat malam tadi. - Getaran, 9 November 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 23 minit yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM