web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mas Ermieyati, Ab Rauf Kemuka Borang Pencalonan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 9:18AM

Mas Ermieyati Samsudin ketika memasuki dewan untuk Proses Penamaan Calon pada PRN Melaka, pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin tiba di perkarangan Dewan Datuk Kapten (B) Ab Karim untuk mengemukakan pencalonan, pagi ini.

Beliau tiba bersama penyokong dan pencadang bagi proses pendaftaran calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jam 8.50 pagi ini.

Mas Ermieyati yang berbaju kurung ungu sempat menyapa pengamal media yang membuat liputan hari pencalonan sambil meminta mendoakan kejayaannya.

“Doakan saya berjaya ye,” katanya sambil masuk ke pintu pagar utama dewan.

Tiga minit kemudian, calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tiba bersama pencadang dan penyokongnya.

Ketiga-tiga mereka lengkap berbaju Melayu serba biru melangkah masuk ke perkarangan dewan sambil melambai ke arah pihak media.

Rauf turut diiringi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika tiba di dewan, namun hanya tiga individu iaitu calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk.

DUN N02 Tanjung Bidara bakal menyaksikan pertembungan antara dua gergasi politik apabila UMNO mempertaruhkan Rauf yang juga bekas Speaker DUN Melaka manakala PN menampilkan Mas Ermieyati iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai pencabar.

Manakala PH turut meletakkan Zainal Hassan sebagai calon. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad