web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemerkasaan Wanita PRN Melaka Hanya ‘Sembang’ Kosong

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 8:26PM

Farzana Hayani Mohd Nasir dari PKR adalah salah seorang dari hanya 15 calon wanita yang diturunkan di PRN Melaka. - Gambar dari Twitter Farzana Hayani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pemerkasaan wanita masih tidak bernoktah dan situasi ini juga dapat dilihat menerusi jumlah pencalonan golongan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Biarpun pelbagai perbincangan dan komitmen dilaksanakan semua parti politik dalam memperjuangkan kesaksamaan jantina, jumlah wanita yang diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya berkenaan masih sedikit.

Daripada 91 individu diumumkan sebagai calon setakat ini yang mewakili 10 parti dan dua daripada Bebas, hanya 15 wanita ditampilkan.

Jumlah itu sekadar 16.5 peratus, jauh berbeza daripada sasaran 30 peratus seperti dilaungkan.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), wanita mewakili 51.43 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di negeri terbabit.

Namun, daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), hanya 11 wanita disenaraikan sebagai calon.

BN sekadar menampilkan enam wanita daripada 28 kerusi ditandingi atau bersamaan 21.4 peratus, manakala PN hanya mencalonkan lima wanita atau 17.6 peratus daripada keseluruhan kerusi DUN dipertandingkan.

Jumlah itu secara tidak langsung bertentangan dengan perancangan kerajaan untuk mengutamakan wanita, seperti diumumkan pada pembentangan Bajet 2022 minggu lalu.

Ketika membentangkan dokumen itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi tumpuan lebih mengenai isu dialami golongan berkenaan.

Beliau turut mengumumkan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dan peruntukan kepada golongan itu.

Usaha berkenaan termasuk dana jutaan ringgit bagi memartabatkan kaum hawa dan memastikan syarikat tersenarai awam memiliki pengarah wanita, selain RM250 juta untuk membantu usahawan golongan itu.

Pada masa sama, Pakatan Harapan (PH) juga gagal mengambil peluang untuk memperjuangkan isu berhubung kepentingan wanita.

Ini dapat dilihat apabila dalam kalangan 28 calon yang diumumkan bagi mewakili PH pada PRN Melaka, hanya empat wanita disenaraikan, iaitu dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta masing-masing satu daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

Perkara ini sekali gus tidak selari dengan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 diumumkan PH, bahawa parti itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kalangan penggubal dasar yang dilantik.

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pula meletakkan seorang calon wanita daripada lima calon terpilih untuk bertanding di PRN Melaka.

Setakat ini, hanya dua individu menyatakan minat untuk bertanding atas tiket Bebas, walaupun jumlah terbabit boleh berubah ketika hari penamaan calon esok.

Kedua-dua individu berkenaan adalah Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini memenangi DUN Pengkalan Batu atas tiket DAP dan peguam, Booda Singh berhasrat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 2 tahun yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad