web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan 2 ‘Katak’ Belakangi Prinsip PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 11:55AM

Idris dan Nor Azman antara empat ADUN yang menarik semula sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Melaka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pakatan Harapan (PH) menamakan Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, disifatkan sebagai membelakangi prinsip asas parti itu yang memperjuangkan Akta Lompat Parti.

Jurucakap Mahasiswa AMANAH Nasional berkata, pihaknya amat terkilan dengan keputusan itu yang turut menyaksikan kedua-dua calon berkenaan bertanding dengan menggunakan bendera PH.

“Pendirian PH untuk menamakan dua calon yang melompat adalah satu langkah membelakangi prinsip asas parti ini yang memperjuangkan Akta Lompat Parti.

“Perjuangan panjang ini tidak boleh dicemari dan ditutupi atas nama strategi politik,” katanya.

Rentetan keputusan itu, Mahasiswa Amanah Nasional mendesak pimpinan PH dan Parti Amanah Negara (AMANAH) supaya segera menjelaskan apakah rasional di sebaliknya.

“PH dan AMANAH diminta segera membuat penerangan apakah rasional di sebalik keputusan menerima dua katak ini,” katanya.

Semalam, PH mengesahkan bahawa Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dan Nor Azman (ADUN Pantai Kundor) dalam kerajaan sebelumnya, masing-masing  akan bertanding atas tiket gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan serta Pantai Kundor di PRN Melaka pada 20 November ini.

Idris akan bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Nor Azman dipilih sebagai calon AMANAH.

Kontroversi Idris dan Nor Azman mula tercetus apabila mereka bersama ADUN Pengkalan Batu (BEBAS), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik semula sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tindakan itu menyebabkan DUN Melaka dibubarkan dalam usaha menyelesaikan konflik terbabit. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 minit yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad