web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU, PAS Mahu ‘Hukum’ UMNO Di PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 11:35AM

Dr Muhammad Faiz Na’aman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Krisis hubungan di antara UMNO, BERSATU dan PAS dilihat tidak mampu diselamatkan lagi, seolah-olah retak menanti belah.

Ini dibuktikan apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dan memutuskan untuk bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Keputusan terbabit menyebabkan sebahagian pimpinan tertinggi PAS serta BERSATU tidak berpuas hati dan ingin mengajar UMNO secukupnya dalam memberi kesedaran kepada parti Melayu terbesar itu.

“Rakyat Melaka wajarlah hukum UMNO dan BN ini secara berjemaah dalam PRN ini,”

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman yang menggesa pengundi di Melaka menghukum UMNO dan BN secara berjemaah pada 20 November nanti.

Menurut beliau, hal ini kerana parti terbabit yang bertanggungjawab menumbangkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan menteri besar Perak pada awal Disember tahun lalu dan terlibat dalam gerakan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Kini Melaka juga turut menjadi mangsa apabila puak yang sama gila berebut keuntungan dari perniagaan pasir.

“Oleh yang demikian rakyat Melaka wajarlah hukum UMNO dan BN ini secara berjemaah dalam PRN ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, isu pasir didakwa Dr Muhammad Faiz sebagai faktor yang membuatkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan menarik semula sokongan kepada Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Tanpa menamakan sesiapa, seorang daripada empat ADUN terbabit, Datuk Seri Idris Haron sebelum ini dalam kenyataannya mendakwa, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikawal pihak ketiga ketika mentadbir negeri,  yang dipercayai merujuk kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Faiz berkata, sebelum ini BERSATU cuba menyatukan parti Melayu termasuk melalui penganjuran Kongres Maruah Melayu pada 2019 di Shah Alam.

Jelasnya, inisiatif itu dilaksanakan dengan harapan agar UMNO sudah dan boleh berubah setelah BN dikalahkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Tetapi apa yang diharapkan itu bagaikan mencurah air ke daun keladi. UMNO tetap UMNO. Walaupun ada yang masih elok di dalamnya namun kepimpinannya dikuasai oleh kumpulan yang cukup benci kepada Bersatu dan cukup angkuh kepada PAS.

“Kelompok ini juga disulami watak-watak yang masih berulang-alik ke mahkamah kerana pelbagai kes korupsi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik turut menyuarakan pandangan sama, mahu melihat UMNO tewas dalam PRN Melaka.

Mokhtar Senik
Mokhtar Senik

Sambil bersumpah untuk menegaskan perasaan sayangnya kepada Muafakat Nasional (MN), beliau berkata, ini perlu bagi parti tersebut memahami pentingnya apa yang diperjuangkan PAS untuk rakyat dan negara.

“Dalam PRN Melaka saya merasakan UMNO perlu kalah untuk mereka benar-benar memahami erti persaudaraan dan kepentingan agama, negara dan ummah.

“Mudah-mudahan kekalahan UMNO di Melaka akan banyak mengajar politik, jujur dan bersih. Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru politik kepada UMNO,” katanya.

UMNO sebelum ini mengajak PAS kekal dengan kerjasama MN malah menawarkan parti itu bertanding dengan menggunakan lambang sendiri.

Namun PAS memilih untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan pendirian agar ahli dan penyokong partinya mengundi PN jika bertembung dengan calon UMNO.

Pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru bakal disaksikan di hampir semua kerusi DUN dalam PRN Melaka, selepas Pakatan Harapan (PH), PN dan BN mengesahkan calon mereka di kesemua 28 kerusi DUN. - Getaran, 7 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai