web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BERSATU Sukar Menang Kerusi Di PRN Melaka - Isham

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:41AM

SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di bawah Perikatan Nasional (PN) dipercayai sukar untuk memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhir bulan nanti.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil berkata, ia susulan kenyataan dibuat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung penggunaan logo yang masih belum diputuskan oleh parti berkenaan.

“Azmin kata PN belum buat keputusan untuk pakai lambang apa dalam PRN Melaka kali ini. Mereka sudah goyang dan tidak pasti untuk pakai lambang apa. 

“Jika mereka guna lambang PAS, besar kemungkinan orang bukan Melayu tidak akan undi mereka, dan jika mereka guna lambang Perikatan Nasional pula, mereka akan hilang undi Melayu PAS,” katanya kepada Getaran.

Isham Jalil
Isham Jalil

Isham yang juga  bekas pegawai khas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam keadaan sekarang, kelihatan sukar untuk melihat PN memenangi sebarang kerusi berikutan pentadbiran PN yang sebelum ini dilihat gagal.

“Dalam kedua-dua kes, mereka (BERSATU) tahu sukar untuk menang apa-apa kerusi, tambahan lagi dengan rekod buruk  mentadbir kerajaan selama 39 bulan sebelum ini (22 bulan dalam PH dan 17 bulan dalam PN).

“Kini mereka hanya ingin pecahkan undi Melayu sahaja supaya Barisan Nasional tidak menang, dan sekali lagi mereka akan bantu PH untuk menang dengan pecahkan undi Melayu seperti yang mereka telah buat semasa PRU-14 yang lepas. Inilah dia perangai Parti Pemecah Belah Melayu (PPBM),” katanya lagi.

Terdahulu, Azmin yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN memberitahu, gabungan itu sedang dan akan melakukan perbincangan lanjut mengenai logo yang akan digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November nanti.

Menurutnya, tarikh bagi hari penamaan calon masih jauh dan maklumat berkaitan penggunaan logo hanya akan diumumkan selepas keputusan dicapai oleh semua parti terlibat. - Getaran, 2 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai