web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Politik Cakna Media Sosial Ubah Persepsi Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 9:35AM

Pemimpin harus mahir menguasai media sosial disebabkan cabaran kempen pilihan raya jauh berbeza, memandangkan pengundi kini majoritinya anak muda yang begitu dekat dengan media sosial dan internet. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan ahli politik sukar dilakukan, memandangkan negara sudah menjalani dua fasa pemerintahan berbeza di bawah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Seharusnya, pemimpin negara sedar budaya 'politiking' agak tinggi dalam kalangan rakyat, khususnya penyertaan politik menerusi talian, iaitu penggunaan media sosial.

Ia menjana penghujahan politik pada peringkat bawahan yang menggabungkan pelbagai golongan seperti kumpulan kelas pertengahan, media persendirian, pelajar universiti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penulis blog serta masyarakat sivil yang melahirkan aktivis masyarakat.

Mohammad Agus Yusoff
Mohammad Agus Yusoff

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpandangan, adalah tidak sesuai buat ahli politik di era ini mengharapkan kepada kempen turun padang semata-mata.

Sebaliknya beliau menegaskan, pemimpin harus mahir menguasai media sosial disebabkan cabaran kempen pilihan raya jauh berbeza, memandangkan pengundi kini majoritinya anak muda yang begitu dekat dengan media sosial dan internet.

“Dalam waktu pandemik ini, kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkini, parti-parti politik perlu kreatif dan berinovasi dalam berkempen. 

“Mereka boleh menggunakan media sosial seperti Webinar, WhatsApp, emel, Facebook, Twitter dan pelbagai cara lagi untuk menyampaikan mesej kempen,” katanya.

Berikutan penguasaan media sosial dalam kalangan rakyat tinggi, Dr. Mohammad Agus menjelaskan, kewaspadaan seseorang ahli politik terhadap perkembangan teknologi gajet adalah penting di samping strategi komunikasi dan mekanisme perlu diperkukuhkan.

“Belajarlah cara berkempen dalam nuansa baharu ini, bukan hanya untuk PRN Melaka tetapi juga untuk pilihan raya masa depan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya berkuat kuasa sehingga 27 November ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, larangan itu terpakai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November ini termasuk kempen rumah ke rumah dan ceramah politik.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pelaksanaan terbabit telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada ahli politik serta NGO, khasnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menolak larangan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tekah meminta kerajaan memperhalusi keputusan itu dengan membenarkan aktiviti ringkas diadakan seperti lawatan rumah ke rumah.

Inisiatif itu juga turut mendapat tentangan daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Md Akin yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya di negeri terbabit.

Bagaimanapun, Dr Mohammad Agus yang juga merupakan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKM berkata, langkah yang dilakukan Khairy adalah wajar dalam menjadikan kesihatan orang ramai sebagai keutamaan berbanding kepentingan politik.

“Apapun hujah mereka yang membantah, saya bersetuju dengan Khairy. Tindakan beliau untuk melindungi keselamatan nyawa rakyat berbanding dengan kempen politik adalah keputusan yang betul.

''Apa yang penting ialah pelaksanaan larangan ini perlu adil dan jangan bersifat dua darjat. Kedua, pastikan proses mengundi dan pengiraan undi adalah betul dan tidak dipertikaikan.

“Yakinlah, biarpun cara kempennya berubah, pelaksanaan pilihan raya yang adil dan bebas tetap ada legitimasinya,”katanya. – Getaran, 31 Oktober 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95