web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Usaha Elak Pertembungan 3 Penjuru - Mahdzir

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 5:29PM

Mahdzir Khalid berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2021, di Alor Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketika pertembungan tiga penjuru dilihat sudah hampir pasti terjadi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November depan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini tampil memaklumkan bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengelakkan perkara itu daripada terjadi.

Tanpa mahu mengulas lanjut mengenainya, Mahdzir berkata, rundingan berkaitan perkara itu kini sudah berjalan.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

"Saya mahu cakap dua perkara saja. Pertamanya kalau boleh kita tak mahu ada pertembungan itu (dan) sedang kita usahakan.

"Keduanya, adakan rundingan dan langkah itu juga sedang dibuat," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan 2021 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pertembungan tiga penjuru melibatkan Pakatan Harapan (PH), UMNO dan Perikatan Nasional (PN) dilihat seakan sudah hampir pasti berlaku apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada PRN Melaka.

Penegasan sedemikian telah beberapa kali dinyatakan Ahmad Zahid secara umum termasuk ketika melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi berdepan PRN Melaka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 27 Oktober lalu.

Malah kenyataan akhbar dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sehari selepas itu turut menyatakan bahawa parti tersebut memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS, selaras ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tanpa langsung menyebut mengenai kerjasama bersama Bersatu.

Ditanya sama ada beliau optimis rundingan itu akan membawa hasil, Mahdzir sekali lagi menegaskan bahawa beliau enggan mengulas lanjut.

"Macam saya katakan tadi, rundingan masih berjalan. Cukuplah banyak itu saya katakan, tak bolehlah beritahu banyak sangat," katanya. - Getaran, 30 Oktober 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish