web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka, PH Bincang Nasib 3 Bekas ADUN, Kerusi Malam Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 9:11PM

Mohamad Sabu berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan sama ada ketiga-tiga individu itu akan dipilih atau tidak untuk bertanding pada PRN Melaka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH) akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH malam ini.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, mesyuarat berkenaan akan membincangkan sama ada ketiga-tiga individu itu akan dipilih atau tidak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, mereka juga bakal menyentuh mengenai pengagihan kerusi.

“Malam ini kita akan bincangkan (pemilihan calon) dan agihan kerusi yang akan melibatkan semua ketua parti komponen termasuk beberapa pemimpin dari PH Melaka.

“Kita akan bincang juga malam ini mengenai kedudukan Idris dan dua bekas ADUN. Perkara ini turut akan terus dibincangkan beberapa hari lagi sehingga menjelang penamaan calon, sebelum keputusan dimuktamadkan, masih ada masa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Getaran apabila ditanya mengenai nasib kedudukan tiga bekas ADUN berkenaan yang berhasrat mewakili PH pada PRN Melaka November nanti.

Mohamad Sabu sebelum itu melancarkan program Kashmir Black Day di sini, hari ini.

Kashmir Black Day ialah antara sejarah hitam dunia, yang menyaksikan penduduk di wilayah itu berdepan penindasan kerajaan India sejak lebih 70 tahun lalu selepas pemisahan India dan Pakistan pada 1947.

Ia mengakibatkan mereka menderita, apabila lebih daripada setengah juta rakyat Kashmir terkesan dan terbunuh.

Selain Idris, dua lagi individu terbabit adalah bekas ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee pula tidak akan dicalonkan mewakili PH hasil keputusan ditetapkan Majlis Presiden PH, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada hasil mesyuarat mengenai agihan kerusi pilihan raya dan kedudukan tiga calon itu akan diumumkan dalam masa terdekat, Mohamad berkata, ia akan dibuat menjelang hari penamaan calon.

Pada masa sama, beliau menyifatkan PRN Melaka adalah pilihan raya ‘paksaan’ selepas kerajaan negeri kehilangan majoriti walaupun ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini pilihan raya yang dipaksa diadakan, sepatutnya tak ada pilihan raya, bila kita hilang majoriti, mereka ambil kerajaan, bila mereka hilang majoriti, buat pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini, Idris, Norhizam, Noor Effandi dan Nor Azman menarik semula sokongan ke atas Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu

Mereka berempat kemudian menyerahkan kepada pucuk pimpinan PH untuk menentukan kerusi bakal ditandingi pada PRN Melaka.

Bagaimanapun, hasrat ‘empat sekawan’ itu untuk bertanding atas tiket PH ditolak rakan parti, termasuk DAP yang tidak mahu menerima Norhizam walaupun beliau sebelum ini pernah bersama parti itu sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala hari penamaan calon adalah pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad