web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Saingan Sebenar Hanya BN Dan PH - Penganalisis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:41PM

PRN Melaka diadakan susulan penarikan semula sokongan 4 ADUN terhadap kepimpinan Ketua Menteri, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saingan sebenar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kata penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurut beliau, kerjasama antara BN dan PAS di bawah panji Muafakat Nasional (MN) atau BERSATU menerusi Perikatan Nasional (PN) secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi kedudukan BN untuk menang dan menawan semula Melaka.

“Sebenarnya perlawanan dan permainan sebenar adalah antara PH dan BN. Parti lain seperti BERSATU, PEJUANG, PAS semua itu hanyalah watak sampingan sahaja untuk memeriahkan lagi pengundian di Melaka.

"Jika BERSATU dan PAS itu sebulat suara  menyokong BN, ia menambah peluang BN (untuk kembali) menjadi kerajaan,” katanya kepada Getaran.

Awang Azman Awang Pawi
Awang Azman Awang Pawi

Dr Awang berkata, jentera PH juga mempunyai strategi tersendiri untuk menumbangkan BN, seperti yang pernah dilakukan ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) sebelum ini.

“Kalau diikutkan, ketika PRU14 dengan kekuatan yang asal pun BN kalah di tangan Pakatan Harapan (PH).

“Jangan abaikan kekuatan PH, kerana PH juga boleh mengalahkan dan menjatuhkan kedudukan BN ketika berkempen,” ujarnya. 

Dalam perkembangan berkaitan Dr Awang berpendapat, tidak wajar PRN Melaka diadakan dalam keadaan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan fokus seharusnya diberikan terhadap pemulihan ekonomi terlebih dahulu.

"Tetapi di satu pihak yang lain, tiba-tiba terdapat usaha untuk menumbangkan kerajaan negeri sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan.

"Seperti yang kita tahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengisytiharkan tarikh pilihanraya. Maknanya, mahu atau tidak, rakyat negeri Melaka terpaksa berhadapan dengan satu lagi PRN yang sebenarnya bukanlah keutamaan kalau kita lihat daripada isu ekonomi sekarang," katanya.

PRN tegas beliau lagi, bukan keutamaan walaupun bilangan kes COVID-19 semakin menurun.

SPR sebelum ini menetapkan 20 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka manakala penamaan calon akan diadakan 12 hari sebelumnya iaitu 8 November.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh mengundi awal pula ditetapkan pada 16 November.

Aktiviti berkempen dibenarkan bermula selepas penamaan calon sehingga jam 11.59 malam, 19 November.

Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan pembubaran DUN pada 4 Oktober, selepas dipersetujui Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Ia susulan penarikan semula sokongan empat ADUN terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas). - Getaran, 25 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC