web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Perlu Tolak 3 Lagi Bekas ADUN, Rela Kalah Dalam PRN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 5:59PM

Lim Kit Siang - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan digesa menolak tiga lagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ketiga-tiga ADUN berkenaan jelas tidak bermoral dan beretika hingga menyebabkan kerajaan negeri itu tumbang, sekali gus menyebabkan PRN terpaksa dilakukan.

Menurut beliau, keputusan Majlis Presiden PH untuk menolak ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee amat dialu-alukan, namun tindakan sama perlu dilakukan ke atas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, ADUN Telok Emas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

“Mereka tidak seharusnya menjadi calon PH,” katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, PH rela menerima kekalahan dalam PRN kelak asalkan blok itu sanggup berpegang kepada prinsip menolak wakil rakyat yang melompar parti dan menjatuhkan kerajaan negeri.

“Sekiranya diberi pilihan, antara kemenangan hasil bekerjasama dengan kleptokrat, oportunis dan penjahat atau kalah kerana konsisten dengan prinsip dan integriti politik, saya akan memilih pilihan terakhir.

“PH tidak boleh kehilangan pegangan moralnya dengan membiarkan tiga ADUN bertanding sebagai calon PH dalam PRN Melaka,” tegasnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai tarikh PRN Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya turut bersetuju untuk menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pula pada 16 November.

Tempoh berkempen adalah selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam 19 November. - Getaran, 22 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC