web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Jangan Buat Spekulasi Pendirian UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 6:09PM

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada sidang media, petang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Semua pihak termasuk penganalisis politik dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan pendirian UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang keputusan muktamad membabitkan kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama parti politik lain dibuat setakat ini.

“Jangan ada spekulasi daripada mana-mana penganalisis politik untuk menelah di manakah pendirian UMNO dan BN dalam menghadapi PRN ini.

“Setakat ini kami memfokuskan kepada kebolehmenangan calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), berdasarkan kepada sains dan data melalui angka diperoleh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu selain unjuran yang kita buat untuk PRN Melaka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO negeri, di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Zahid berkata, keputusan muktamad berhubung kerjasama tersebut akan diumumkan usai mesyuarat Biro Politik dan juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN minggu depan.

UMNO jelas beliau, sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pandangan mengenai kerjasama politik dalam PRN, namun segala keputusan akan dibuat secara kolektif apabila tiba masanya.

Mengulas mengenai pergerakan kempen Zahid berkata, UMNO menetapkan untuk menempatkan jentera serta petugas parti dari negeri lain di setiap kawasan DUN ditandingi.

“Bagi saya, semua kawasan DUN di Melaka ini (dianggap) sebagai ‘panas’ dan kita akan bekerja keras di kawasan itu bagi memastikan kemenangan cemerlang pada PRN,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

4

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad