web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKR Tolak PRN Melaka, Mohon Keputusan Bubar DUN Disemak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 7:31AM

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas dengan keputusan untuk tidak mempersetujui Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka. 

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dengan keadaan negara yang berdepan pandemik COVID-19 masa ini, maka amat tidak sesuai untuk diadakan PRN.

“Dalam keadaan ini kita mencari jalan penyelesaian yang berlaku di Melaka, kita tak mahu adakan PRN dan kita juga tidak bersetuju dengan darurat, perlu ada  satu penyelesaian.

Itu juga tidak menghalang kita untuk memfailkan semakan atau gunakan mahkamah untuk menyemak keputusan (pembubaran) yang begitu tergesa-gesa,” katanya pada satu sidang media di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Shamsul Iskandar berkata sedangkan pertukaran Perdana Menteri yang lepas pun tidak melibatkan pilihan raya diadakan, apatah lagi dengan situasi yang berlaku di Melaka.

Merujuk Perlembagaan Negeri Melaka, beliau mendakwa tiada sebarang klausa atau peruntukan yang tidak membenarkan Yang Dipertua Negeri untuk menarik balik pembubaran DUN itu. 

“Kemungkinan ada elemen yang memungkinkan ada ruang untuk pihak Tuan Yang Terutama menilai semula dan mengkaji  semula keputusan itu kerana ini perkara yang tak pernah berlaku,” katanya.

Sementara itu Wanita Perikatan Nasional (PN) berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak sesuai diadakan ketika negara masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Wanita PN menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan walaupun negara kini sudah hampir mencapai sasaran imunisasi 90 peratus golongan dewasa, namun risiko jangkitan dikhuatiri meningkat jika ratusan ribu rakyat Melaka keluar mengundi. 

"Proses pemulihan negara dan Melaka sedang berjalan lancar dan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan PN sebelum ini yang dipimpin oleh Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini sudah mula menampakkan hasil positif," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh; Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Evelyn Gobile; Ketua Wanita Parti Maju Sabah (SAPP), Irene Chan Kam Lan dan Ketua Wanita Nasional Gerakan, Janice Wong Oi Foon.

Bagaimanapun, Wanita PN bersedia untuk menghadapi PRN dengan mengikut Prosedur Operasi Standard yang ketat dan bersesuaian. 

Selasa lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 dan satu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebelum itu mengumumkan DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt setelah dipersetujui Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lepas susulan tindakan empat ADUN iaitu Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang),  Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) yang mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad