web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Panjangkan Sidang DUN Kedah - Mukhriz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 9:09PM

Mukhriz Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tempoh masa bagi perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bermula pada 20 September depan, perlu dipanjangkan agar setiap wakil rakyat memiliki masa mencukupi untuk menyampaikan suara dan keluhan hati rakyat, selain berbahas demi semak dan imbang dasar serta polisi kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tempoh perbahasan dibenarkan iaitu cuma sembilan jam dalam tempoh tiga hari, adalah terlalu singkat buat 36 ADUN yang bersidang.

Justeru, kerajaan negeri didesak supaya membenarkan sidang DUN itu berlangsung dalam tempoh lebih munasabah iaitu berakhir seawal-awalnya pukul 5 petang setiap hari, atau sehingga segala urusan perbahasan diselesaikan.

“Mengikut jadual ditetapkan, persidangan akan dimulakan dengan titah Sultan Kedah pada 20 September dan ditangguhkan sejurus selepas titah baginda. Sidang DUN itu kemudiannya akan bersambung pada esok hari dengan sesi perbahasan diperuntukkan sebanyak tiga jam untuk tiga hari berturut-turut iaitu pada 21, 22 dan 23 September.

“Bayangkanlah bagaimana 25 ADUN ‘backbencher’ kerajaan dan pembangkang mencari peluang untuk menyampaikan suara dan keluhan hati rakyat hanya dalam tempoh tiga jam sehari?,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menambah, tempoh masa tersebut akan menjadi lebih terhimpit kerana turut melibatkan sesi soal jawab oleh exco kerajaan negeri dan penggulungan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Agak pelik apabila sidang DUN di kebanyakan negeri lain berlangsung dengan masa panjang dan mencukupi seperti di Selangor serta Perak yang berakhir pukul 5 petang setiap hari.

“Tetapi kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu seakan sama saja seperti Kedah kerana menghadkan tempoh bersidang setakat setengah hari,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan sidang DUN selama 10 bulan sejak November 2020, menyebabkan tiada perbahasan dapat dibuat bagi mengemukakan masalah serius menekan rakyat, khususnya melibatkan jangkitan dan kematian akibat COVID-19, program vaksinasi tidak memuaskan, kegawatan ekonomi, kehilangan pekerjaan dan tekanan emosi.

Dalam tempoh itu juga katanya, COVID-19 telah menjangkiti lebih 180,000 orang dan meragut sekitar 1,400 nyawa rakyat Kedah.

“Sidang Dewan Undangan Negeri adalah pentas terbaik untuk semak dan imbang diamalkan bagi memastikan semua tindakan kerajaan benar-benar menepati tujuannya.

“Kalau sekolah boleh disuruh buka pada Oktober sedangkan anak murid dan guru tidak divaksin, mengapa sidang DUN dihadiri hanya 45 orang yang sudah divaksin dua dos dan perlu mematuhi SOP ketat tidak boleh berhimpun untuk menentukan masa depan negeri,” tegasnya.

Katanya, kerajaan negeri Kedah perlu membenarkan sidang DUN yang amat penting ini berlangsung dengan tempoh masa munasabah.

“Kalau ini tidak dilakukan, rakyat boleh beranggapan kerajaan dipimpin Muhammad Sanusi amat takut untuk berdepan kritikan hebat pembangkang yang sememangnya ingin membela nasib rakyat,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Ibu Tunggal Didakwa Di Mahkamah 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai