web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enggan Tarik Balik 'Memalukan', RSN Rayer Diarah Keluar Dewan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 5:55PM

Rashid Hasnon - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya kerana enggan menarik balik kenyataan “memalukan” yang ditujukan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (PH) diarah keluar dewan selama dua hari.

Arahan itu dikeluarkan sendiri oleh Datuk Rashid Hasnon selepas Rayer enggan menarik balik kenyataan 'memalukan' yang dituju kepadanya, selepas diminta untuk berbuat demikian sebanyak tiga kali.

"Jelutong, saya arahkan Bentara minta Jelutong keluar sekarang. Saya minta Bentara jalankan tugas keluarkan Jelutong sekarang, (selama) dua hari (tidak dibenarkan hadir ke dewan)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Keadaan itu mencetuskan pertikaian antara Ahli Parlimen pembangkang yang bangun mempersoalkan penggunaan perkataan berkenaan kerana disifatkan tiada masalah', sekali gus menyebabkan dewan menjadi kecoh sebelum Rashid mengeluarkan arahan untuk sidang ditangguhkan.

Kekecohan berkenaan bermula apabila Rayer menggesa Rashid supaya tidak menyalahguna kuasa kerana menganggap ia memalukan, susulan keputusan beliau menolak usul menyingkirkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Ia seterusnya mengundang perbalahan apabila Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan persoalan berhubung usul itu.

"Timbalan Speaker, jangan salah guna kuasa. People are watching you (rakyat memerhati). Memalukan.

"Timbalan Speaker, saya tidak akan tarik balik, itu satu tindakan memalukan. Tindakan Timbalan Speaker bukan saja memalukan di luar dewan tapi di dalam dewan," katanya yang menyebabkan Rashid 'naik angin' dan mengarahkan Rayer menarik balik perkataan 'memalukan' dengan nada keras.

Rashid ketika menjelaskan perkara itu berkata, beliau diberi 'kuasa' oleh speaker untuk mengendalikan usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.

"Ada 11 usul datang serentak dari Parti Amanah Negara (AMANAH), kemudian datang dari satu lagi dan yang ke-12 ini tidak menepati peraturan selepas saya merujuk kepada penasihat undang-undang.

"Kemudian datang dua (usul sama) dari PKR pun sama juga (tidak menepati peraturan). Maka setiap yang memberikan usul berkenaan, sudah saya jawab secara bertulis. Sila baca jawapan berkenaan dan keputusan saya muktamad dan tidak ada rayuan," katanya ketika menjelaskan mengenai perkara itu. - Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad