web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Bermula Panas, MP Persoal Sekatan Dikenakan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 2:10PM

Dewan Rakyat - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Parlimen hari ini bermula dengan panas apabila Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan sekatan dikenakan ke atas mereka, sehingga mencetuskan himpunan dan perarakan wakil rakyat di Dataran Merdeka 2 Ogos lalu.

Isu berkenaan dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoal tindakan polis menyekat hak ahli Dewan Rakyat untuk ke Parlimen, walaupun sekadar mengambil barang yang telah ditinggalkan.

Ia turut menarik perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta penjelasan, mengapa beliau juga disekat daripada pergi ke pejabatnya.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun kemudian menjelaskan, pihaknya tidak menutup bangunan Parlimen dan Ahli Dewan Rakyat juga dibenarkan masuk.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudian menjelaskan, sidang Dewan Rakyat telah ditangguhkan, justeru tiada keperluan untuk hadir ke Parlimen.

“Parlimen telah pun ditangguhkan persidangannya. Maka sebab itu apabila arahan untuk tidak dibenarkan masuk, polis mengambil kuasa mengarahkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Jadi apa yang menjadi masalah kita di sini?

“Masalahnya adalah, sama ada kita nak mendengar dari segi keputusan akta 342 ataupun tak nak mendengar untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang lebih menjadi masalah kepada rakyat, iaitu untuk tidak ada berkumpul, dan kerana itu polis melakukan sesuatu demi keselamatan semua pihak,” katanya.

Pada masa sama, Hamzah turut menjelaskan bahawa pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sedang dalam peringkat perbincangan untuk mengurangkan kompaun dikenakan terhadap Ahli Parlimen yang berkumpul pada 2 Ogos lalu.

“Tidak ada dua darjat antara Ahli Parlimen dengan rakyat lain yang berkumpul sebegitu. Jadi sebab itu kita terpaksa minta maaf, kita bagi kompaun kerana berkumpul yang melanggar undang-undang,” katanya merujuk kepada pengurangan kadar kompaun RM3,000.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut tidak mampu menenangkan keadaan, apabila Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen kerajaan ketika itu dibenarkan berkumpul di kediaman bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, persoalan itu tidak dijawab dan diteruskan dengan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) yang sepatutnya bermula 10 pagi tadi.

Selepas hampir satu jam isu tersebut menjadi pertikaian di Dewan Rakyat, Azhar kemudian tidak lagi membenarkan mana-mana wakil rakyat mencelah dan meminta sesi MQT diteruskan. – Getaran, 14 September 202

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan