web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan, Pembangkang Muktamadkan MoU Untuk Kestabilan Politik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 7:41AM

Ismail Sabri Yaakob dan wakil-wakil dari pihak kerajaan akan menandatangani MoU antara kerajaan Persekutuan serta Pakatan Harapan bagi mengembalikan kestabilan politik negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wakil-wakil pihak kerajaan dan pembangkang semalam memuktamadkan memorandum persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan bagi mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pendekatan kerjasama secara dwipartisan.

Menurut kenyataan bersama wakil kerajaan dan wakil Pakatan Harapan, dengan persefahaman ini tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu.

“Ini melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tata kelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu memaklumkan kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman berkenaan kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

Menurut kenyataan itu, sesuai dengan semangat dan komitmen untuk menterjemahkan persefahaman tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani persefahaman itu pada 5 petang, hari ini, di Dewan Bankuet di bangunan Parlimen.

Kenyataan itu memaklumkan majlis menandatangani tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua-ketua parti Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan bersama itu, wakil daripada kerajaan ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pakatan Harapan pula diwakili Setiausaha Agung Keadilan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan Keadilan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad