web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Kitar Semula, Hanya KJ Yang Menonjol - Kadir Jasin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 9:05AM

A Kadir Jasin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentukan kabinet baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri disifatkan sebagai barisan kitar semula kerana menampilkan sejumlah besar muka lama.

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata, amat memalukan apabila senarai panjang itu hanya memiliki satu sosok yang disifatkan lebih menonjol berbanding pemimpin senior lain.

Menurut beliau, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah satu-satunya pemimpin dalam senarai itu yang dilihat memiliki keterampilan tersendiri.

“Kalau kabinet Ismail Sabri ini hebat dan menyerlah, tentulah bukan Khairy Jamaluddin seorang saja yang menarik minat pengulas dan penggiat media sosial.

“Malangnya, barisan kabinet Ismail tidaklah lebih baik atau meyakinkan berbanding kabinet lama di bawah teraju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kadir berkata, Jemaah Menteri di bawah Ismail Sabri hanyalah satu senarai yang masih berkisarkan barisan dibentuk Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi menggunakan sedikit eksperimen, apabila turut menyerap beberapa pemimpin ‘toksik’ dari UMNO.

 “Ya, kitar semula sisa adalah baik. Ia membantu membersihkan alam sekitar. Tetapi ada sisa yang terlalu kotor dan toksik untuk dikitar semula, seperti bahan buangan nuklear,” katanya, sinis.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi BERSATU turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri mengekalkan beberapa anggota kabinet, walaupun jelas dilihat gagal menguruskan pandemik COVID-19 dengan baik.

“Saya pelik, mengapa nama seperti (Datuk Seri Dr) Adham Baba dan (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali masih dikekalkan sedangkan mereka antara yang gagal,” katanya.

Sementara itu Kadir yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi BERSATU berkata, kejayaan Khairy dalam mengendalikan program imunisasi COVID-19 wajar diberi pujian.

“Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam tempoh 17 bulan sesuatu yang perlu dipuji walaupun pada awalnya terdapat beberapa kelemahan dan kontroversi,” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Politik 6 bulan yang lalu

Senarai Jemaah Menteri MADANI Hampir Dimuktamad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan