Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rombak Kabinet Jika Gagal Selepas 100 hari - Penganalisis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 8:24AM

Ismail Sabri - Gamba Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar merombak Kabinetnya jika Jemaah Menteri gagal membuktikan kemampuan mereka untuk melaksanakan tugas dalam tempoh 100 hari.

Penganalisis Politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar berkata, dalam tempoh itu semua Menteri dan Timbalan Menteri yang dipilih perlu fokus terhadap tanggungjawab masing-masing bagi memastikan mereka mampu memberikan hasil terbaik.

“Jika dalam masa 100 hari mereka masih tidak dapat membuktikan kemampuan dalam mengatasi isu sedia ada, maknanya ada sesuatu yang tidak kenalah.”

Katanya, anggota Kabinet juga harus berusaha sebaik mungkin untuk menangani pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang melanda negara sejak lebih setahun lalu, sekali gus memberi harapan untuk rakyat kembali kepada kehidupan normal.

“Bagi saya semua anggota Kabinet perlu membuktikan kemampuan dalam tempoh 100 hari kerana majoriti mereka adalah muka lama dan diletakkan di kementerian sama, jadi mereka sudah berkhidmat lebih 17 bulan.

“Justeru, jika dalam masa 100 hari mereka masih tidak dapat membuktikan kemampuan dalam mengatasi isu sedia ada, maknanya ada sesuatu yang tidak kenalah. Sekiranya keadaan masih sama, Perdana Menteri kena tengok, boleh tukar anggota Kabinet dan rombakan perlu dibuat,” katanya kepada Getaran.

Jumaat lalu, Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri Ke-9 mengumumkan senarai anggota Kabinet pimpinannya, terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Daripada kesemua menteri berkenaan, hanya lima muka baharu ditonjolkan, manakala 26 adalah penyandang jawatan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ismail Sabri berkata, anggota Kabinet itu adalah pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat bagi menangani isu sedia ada, dan beliau memberi jaminan, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Mengulas mengenai lantikan semula ramai muka lama yang dikekalkan di kementerian sama, Rusdi berkata langkah itu berkemungkinan bagi mempercepatkan serta melancarkan perancangan atau dasar terdahulu diatur mereka.

“Apabila anggota Kabinet masih dikekalkan, sebagai contoh Menteri di Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin, beliau boleh meneruskan segera usaha sedia ada. Kita tak nak dalam keadaan kritikal pandemik sekarang, ada dasar atau isu baharu wujud jika posisi terbabit diambil alih pemimpin lain.

“Bagi saya kalau mahu tukar keseluruhan anggota Kabinet memang boleh dilakukan, tetapi sekarang bukan masa terbaik, sebaliknya selepas pilihan raya umum (PRU) dan dalam keadaan situasi negara kembali normal,” katanya.

Rusdi berkata, saiz Kabinet yang masih sama seperti kerajaan sebelum ini juga tidak menimbulkan masalah kerana membolehkan setiap kementerian meneruskan usaha  dirancang terdahulunya.

Beliau bagaimanapun mengakui, kurang bersetuju dengan pelantikan dua timbalan menteri dalam beberapa kementerian kerana menganggapnya sebagai tidak penting ketika ini.

“Tetapi mungkin pelantikan dua timbalan menteri itu adalah cara untuk Perdana Menteri menunjukkan kompromi atau saguhati kepada parti yang memberikan sokongan kepada beliau dalam membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Pendidikan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata, semua pihak termasuk pembangkang dan rakyat perlu memberi masa kepada anggota Kabinet bagi membuat keputusan terbaik serta membuktikan kemampuan mereka.

Dr Sahol Hamid Abu Bakar
Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Jelasnya, keputusan mengekalkan muka lama di portfolio sama, termasuk membabitkan dua peneraju bidang pendidikan, iaitu Radzi sebagai Menteri Pendidikan dan Datuk Dr Noraini Ahmad di Kementerian Pengajian Tinggi, mampu meneruskan kesinambungan agenda dirancang.

Beliau berkata, sekiranya Menteri baharu dilantik bagi kedua-dua jawatan itu, keadaan akan menjadi sukar apabila terpaksa mengambil masa untuk memahami secara terperinci segala usaha dalam menangani krisis.

“Saya harap semua pihak beri masa untuk mereka buktikan hasil daripada apa dirancang dan tidak melabelkan apa diusahakan mereka (Menteri) sebagai gagal atau berharap mereka ditukar. Kita kena faham dalam keadaan COVID-19 yang tidak menentu, sesiapa menjadi Menteri juga akan merasai perkara sama.

“Cuma sebagai orang pendidikan, saya melihat Noraini dan Radzi perlu menentukan secepat mungkin bila sekolah boleh dibuka dan pengajian di universiti bakal dimulakan kerana ini dua perkara sangat penting ingin diketahui ramai,” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 minggu yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombakan Kabinet Perlu Jika Prestasi Menteri Kabinet Meleset - Anwar

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

Semasa 4 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 2 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Luar Negara 8 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam