web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Baharu Orang Lama, Usah Harap Hasil Berbeza - TERAS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 12:55PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diingatkan untuk tidak mengharapkan hasil yang berbeza walaupun mempertaruhkan Jemaah Menteri baharu kerana masih melakukan kesilapan sama.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata adalah satu kegilaan jika melakukan kesilapan sama namun mengharapkan hasil berbeza daripada barisan Kabinet yang diumumkan semalam.

Katanya, pengumuman Jemaah Kabinet yang baharu tidak banyak berubah sama ada dari segi saiz atau keanggotaan, walaupun bertukar portfolio.

“Jemaah Kabinet sepatutnya dianggotai oleh mereka yang benar-benar berkebolehan memberi fokus kepada usaha menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi.

“Negara kini dalam keadaan kritikal, Jemaah Kabinet sepatutnya dianggotai oleh individu dengan merit kebolehan dalam bidang bersesuaian untuk menggalas tanggungjawab yang semakin mencabar,” katanya.

Mohd Azmi berkata, rakyat sudah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap menteri dan timbalan yang tidak berkesan dalam menjalankan tugas mereka, walaupun menerima gaji serta elaun mencecah puluhan ribu seorang.

 “Jika ternyata kaedah yang dilakukan oleh orang terdahulu gagal, adalah kesilapan besar jika kaedah sama digunapakai.

“Masalah pandemik ini sangat jelas terlalu mencabar, pasukan Jemaah Kabinet tidak seharusnya berdasarkan pertimbangan politik sebaliknya berasaskan kepakaran untuk mencari penyelesaian,” katanya. - 28 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai