web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PdPR, Masalah Mesin Cetak Bebankan Ibu Bapa

Pendidikan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 3:57PM

PdPR telah menjadi lumrah buat anak-anak. - Gambar oleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kini menjadi satu lumrah buat anak-anak.

Berdepan norma baharu akibat pandemik  COVID-19 sejak Mac tahun lalu, bukan sahaja memberi kesan kepada mereka, tetapi turut dirasai ibu bapa dan warga pendidik.

Secara umum, ramai sudah terbiasa menyaksikan pembelajaran melalui PdPR yang dilakukan secara dalam talian, namun cabaran diterima juga bukan calang-calang.

Jika sebelum ini, masalah ketiadaan peranti bersesuaian dan capaian internet sering menjadi isu, kini timbul pula kesulitan lain, apabila ibu bapa berdepan kesukaran mencetak bahan atau nota diberikan guru untuk pelajar.

Menceritakan pengalaman, Merlissa Abdullah seorang ibu tunggal berusia 46 tahun berkata, dia tidak mampu untuk menyediakan mesin pencetak hingga terpaksa meminta pertolongan jiran terdekat, memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan mencari kedai yang menyediakan khidmat percetakan.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, wang hasil berniaga nasi lemak selama ini sudah digunakan bagi membeli tiga peranti untuk kesemua anak bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan mengikut sesi PdPR.

“Anak sulung saya bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) manakala yang kedua serta bongsu masing-masing berada di tingkatan satu dan tahun tiga.

“Tahun ini anak sulung saya kerap diberi latihan oleh guru dan semua bahan itu perlu dicetak. Kedudukan kewangan masih tidak mengizinkan saya membeli mesin berkenaan, jadi terpaksalah tebalkan muka untuk meminta bantuan jiran mencetak semua kertas latihan itu,” keluhnya.

Ibu gigih itu berkata, beliau sama sekali tidak menyalahkan pihak sekolah namun berharap ada penyelesaian yang mampu diberikan, khusus bagi membantu golongan memerlukan.

Pendapat sama dikongsi Ahmad Shahrizad, 42, yang akhirnya terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi membeli mesin pencetak untuk kegunaan semua anaknya.

“Betul, sejak anak-anak saya kerap mendapat latihan yang memerlukan mesin pencetak, saya mula berfikir, adalah menjadi kewajiban saya untuk menyediakan kemudahan tersebut di rumah.

“Setiap minggu cikgu akan berikan kerja sekolah kepada anak saya. Sebelum ini, cikgu akan minta ibu bapa datang ambil sendiri kertas kerja di sekolah. Tetapi akibat kesukaran kami untuk bergerak setiap minggu, menyebabkan para pendidik memberikan alternatif lain dengan berkongsi link dan ulangkaji pelajaran secara online,” katanya.

Anuar Ahmad
Anuar Ahmad

Ahmad berkata, ramalan bahawa pandemik COVID-19 akan berterusan buat beberapa lama membuatkan beliau nekad menggunakan simpanan yang ada bagi membeli mesin terbabit, awal Januari lalu.

“Peranti seperti komputer riba, telefon pintar atau mesin pencetak bukan lagi barangan mewah tetapi satu keperluan yang wajib ada bagi memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mengikuti pelajaran masing-masing,” katanya.

Sudah jelas, capaian internet, gangguan talian telekomunikasi, ketiadaan peranti berkualiti dan kepayahan golongan B40 serta M40 menyediakan kemudahan lengkap untuk anak-anak adalah antara masalah yang kerap kali dibangkitkan.

Persoalannya, sejauh mana usaha kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas supaya mereka tidak merasa terbeban dan apakah langkah yang wajar bagi menyelesaikan masalah ini?

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menegaskan, masalah keciciran dalam pelajaran perlu diselesaikan oleh kerajaan dengan menyediakan fasiliti pembelajaran pada kadar segera.

Jelasnya lagi, kerajaan juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan pembelajaran khususnya kepada anak daripada kumpulan rentan dan B40 supaya nasib mereka terbela.

“Bila bercakap soal jurang pendidikan, jangan kita lupa isu sekolah daif. Selepas hampir 64 tahun merdeka, masih ada lebih 600 sekolah daif di negara ini dan beratus lagi kekurangan prasarana serta kemudahan pembelajaran. Banyak sekolah di pedalaman tiada kemudahan elektrik dan masih menggunakan jana kuasa.

“Isu sekolah daif dan sekolah kurang kemudahan masih kritikal dan belum dapat diselesaikan. Ini antara punca utama yang mewujudkan jurang pendidikan. Ini (masih) belum selesai.

“Sekarang kita berhadapan pula isu baharu yang akan meningkatkan jurang pendidikan iaitu pemilikan gajet, akses kepada internet dan keperluan peranti,” katanya.

Jelas Dr Anuar lagi, dalam persekitaran perubahan masyarakat yang sangat pesat, beliau yakin jurang pendidikan akibat ketiadaan gajet serta peranti dan akses internet jauh lebih kritikal pada waktu ini.

“Kerajaan agak ke depan berbanding banyak negara lain. Namun masalahnya apabila dikaitkan dengan PdPR, aspek pembelajaran daripada rumah ini kalah kerana COVID-19 muncul mendadak sedangkan sistem pengajaran dan pembelajaran kita masih konvensional.

“Kita terpaksa berubah kepada maya dalam keadaan agak tergesa-gesa dan itu yang menimbulkan masalah,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad