web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Komited Selesai Isu Guru "Duka Lara" - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 7:54PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pertimbangan permohonan perpindahan guru "duka lara" merupakan antara isu yang diberi keutamaan, bagi memastikan kebajikan guru terus terjaga.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata masalah guru yang mempunyai pasangan jarak jauh, merupakan antara faktor yang paling tinggi dipertimbangkan untuk perpindahan.

Beliau berkata kementerian juga memberi kelonggaran dengan mengurangkan tempoh permohonan iaitu dua tahun sebelum memohon perpindahan.

"Kita memang memberikan keutamaan, sebab itu dalam konteks permohonan untuk perpindahan ini, 80 peratus terkait dengan pasangan yang jarak jauh ini kita selesaikan, selain faktor lain seperti kesihatan dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Hari Guru 2026 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Dalam pada itu Fadhlina berkata KPM telah menyelesaikan pelantikan 50 kekosongan guru besar dan pengetua di sekolah seluruh negara.

Beliau berkata perkara itu bagi memastikan semua urusan pentadbiran sekolah termasuk isu keselamatan dan reformasi sekolah dapat dilaksanakan secara efisien.

"Sekolah tidak boleh ya, tidak boleh bergerak, tidak boleh dibina ekosistemnya tanpa kekuatan pentadbir.

"Jadi sebab itu pada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia kita melihat perkara ini dengan serius dan mengambil langkah untuk mengisi kekosongan ini dengan segera supaya isu-isu termasuk keselamatan dan sebagainya dapat kita atasi dengan segera," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad