Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Intervensi Literasi, Numerasi Langkah Awal Kesan Masalah 3M-Fadlina

Pendidikan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 4:05PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Program Intervensi Literasi dan Numerasi kepada murid tahun satu sebagai langkah pengesanan awal terhadap murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Bercakap pada sidang media khas berhubung intervensi kurikulum di sini hari ini, Fadhlina berkata, program pengesanan awal itu bermula pada sesi akademik 2024/2025.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan pertama adalah untuk guru menjalankan proses saringan bagi mengenal pasti murid tahun satu yang berhadapan dengan masalah penguasaan 3M.

"Selepas tiga bulan, murid yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran 3M akan dikeluarkan dari kelas semasa dan ditempatkan di bawah program ini selama tiga bulan.

"Murid-murid ini akan mula mengikuti program intervensi bermula Julai. Apabila murid berkenaan telah kompeten dalam tempoh tiga bulan, mereka akan kembali ke kelas asal," katanya.

Pada Mac 2020, KPM telah memperkenalkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) sebagai sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif serta menyeluruh untuk murid tahun dua dan tiga.

la bertujuan memastikan murid tahun dua dan tiga menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, Dokumen Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (semakan 2017) Edisi Tiga bagi mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap Satu telah sedia untuk digunakan bermula sesi akademik 2024/2025.

Beliau berkata, penjajaran kurikulum itu melibatkan pengemaskinian dan penyusunan semula kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik Tahap Satu sedia ada.

"Dokumen ini disediakan sebagai pilihan kepada guru dalam pelaksanaan kurikulum sekolah rendah dan boleh digunakan bersama- sama Modul Bimbingan Sains dan Matematik Tahap Satu," katanya dan menambah dokumen penjajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menyusul tidak lama lagi.

Mengenai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Fadhlina berkata, pelaporan berkenaan boleh diakses ibu bapa secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu bermula sesi akademik 2024/2025.

"Selain itu, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred," katanya.

Beliau berkata, penataran bagi semua inisiatif berkenaan akan disebarluaskan kepada semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah bermula esok melalui penganjuran bengkel serta latihan.

Fadhlina berkata, semua usaha berkenaan merupakan pendekatan untuk melihat ke hadapan sebagai langkah persediaan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang memberi tumpuan kepada penguasaan literasi, numerasi dan pembentukan karakter murid.

"KPM amat menghargai keprihatinan dan pandangan ibu bapa serta masyarakat terhadap kurikulum persekolahan sedia ada. Maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk ibu bapa merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting dalam pembangunan kurikulum," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Tiada Tolak Ansur Terhadap Kesalahan Seksual - KPM

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran

Sukan 22 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki