web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 4:47PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian oleh kementerian dan tiada yang akan ditutup.

"Ini termasuk menyalurkan peruntukan bagi kemudahan diperlukan dan kerja menaik taraf supaya memberi imbangan sama rata kepada semua jenis sekolah," katanya ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam di sini hari ini.

Beliau berkata, di Perak sahaja terdapat 419 sekolah kurang murid dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tahun ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM38,000 kepada semua sekolah kerajaan tanpa mengira bilangan muridnya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah merangka beberapa strategi bagi menangani isu itu di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM.

Wong berkata, antara strategi itu adalah pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM, selain pemindahan atau penempatan semula SKM dan pengekalan SKM atas keperluan.

"Strategi pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dilaksanakan dengan melibatkan percantuman kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dengan Tahun 5 di sekolah berenrolmen 30 orang murid dan ke bawah," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti luar bilik darjah pada musim panas, beliau berkata, autonomi diberikan kepada pihak JPN dan sekolah bagi menentukan keputusan berdasarkan kepada garis panduan.

"Untuk menentukan aktiviti luar diteruskan bergantung kepada keadaan dan segala keputusan daripada JPN serta pihak sekolah haruslah mengikut garis panduan cuaca panas sedia ada," katanya.

Terdahulu, Wong melakukan lawatan kerja ke enam sekolah di kawasan Parlimen Teluk Intan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada setiap sekolah bagi tujuan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar