web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Tubuh 6 Pasukan Petugas, Perkasa Haluan Pendidikan Negara

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 6:08PM

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan ketika berucap pada Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menubuhkan enam pasukan petugas (taskforce) bagi memperkasakan haluan pendidikan negara dalam beberapa bidang utama pada tahun ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan.

Pasukan petugas tersebut adalah Pasukan Petugas Prasekolah, Pasukan Petugas Intervensi Kurikulum dan Pasukan Petugas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Turut ditubuhkan adalah Pasukan Petugas Pendidikan Digital, Pasukan Pertugas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Pasukan Petugas Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dalam sidang media selepas menyampaikan amanat sesi persekolahan 2024/2025 di sini hari ini, beliau berkata, KPM memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bahawa tidak ada warganegara Malaysia yang tercicir daripada arus pendidikan.

"Banyak program dan intervensi yang kita akan lakukan untuk 2024 termasuk enam pasukan petugas dalam (bidang utama iaitu) prasekolah, TVET, digital, STEM dan MBMMBI," katanya

Sementara itu, Azman berkata, KPM akan berusaha mempertingkat kemahiran guru dalam bidang digital bagi memastikan proses penyampaian maklumat kepada murid dapat dilaksana dengan berkesan. 

"Kita hendak anak-anak kita menjadi celik digital dan berupaya untuk meneroka, melaksanakan dan menggunakan teknologi digital itu untuk mempertingkatkan disiplin ilmu yang mereka pelajari dalam bilik darjah.

"Jadi untuk itu, guru kita juga mesti pastikan mereka kompeten dari segi digital, menggunakan digital dengan memanfaatkan semua pendekatan digital yang ada untuk tujuan pedagogi dan proses pembelajaran dan pengajaran,” katanya.

Mengenai laporan pegawai perkhidmatan pendidikan bersara awal, beliau berkata, KPM telah melaksanakan kajian bagi mengenal pasti punca guru bersara awal.

"Dengan cara ini, kita harapkan aspek kesejahteraan guru-guru kita ini akan dapat ditangani. Kita akan terus perkukuhkan supaya keberadaan mereka dalam profesion perguruan akan semakin bertambah baik," katanya.

Pada 29 Februari lepas, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Ka Woh berkata, seramai 6,394 pegawai perkhidmatan pendidikan atau 1.49 peratus daripada jumlah keseluruhan pengisian guru telah diluluskan untuk bersara pilihan sepanjang tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad