web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radio Platform Terbaik 'Memerangi' Bahasa Rojak

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:10PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sering dianggap sebagai pekerjaan glamor, hakikatnya kerjaya penyampai radio memikul tanggungjawab bukan sahaja dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada masyarakat bahkan berperanan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Dengan anggaran jumlah pendengar radio kira-kira 21.2 juta di Semenanjung Malaysia pada 2023, radio disifatkan sebagai antara platform terbaik yang mampu mempengaruhi masyarakat dalam 'memerangi' penggunaan bahasa rojak.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahasa rojak yang juga bahasa campuran lebih daripada satu bahasa mengundang kebimbangan pakar bahasa apabila penggunaannya semakin menjadi trend dalam kalangan generasi muda termasuk pelajar sekolah.

Kebimbangan ini turut dirasai dua penyampai radio senior tanah air yang mengakui bahawa suara daripada konti radio dapat mendidik pendengar menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan nada, kosa kata serta sebutan tepat, selain dapat menambah perkataan baharu dan meningkatkan pengetahuan masyarakat.

"Kita ada bahasa Melayu yang indah, teratur, cantik, bahasa pantun dan syair. (Dengan keindahan bahasa itu) di mana lagi penyampai radio hendak pentaskan bahasa Melayu yang paling baik selain menerusi radio?," kata Halim Othman, 59, dalam temu bual bersama BERNAMA Radio sempena Hari Radio Sedunia hari ini.

Berkongsi pengalaman sebagai penyampai radio lebih 20 tahun, Linda Onn, 45, pula berkata, beliau pernah ditegur oleh penerbit program pada ketika itu, Kudsia Kahar kerana mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semasa ke udara.

"Saya hanya menyebut satu perkataan bahasa Inggeris iaitu 'call' ketika mengendalikan satu program bahasa Melayu dan ditegur oleh penerbit, Kudsia yang mempersoalkan sama ada saya bekerja di radio bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

"Saya beri alasan sudah terbiasa guna perkataan 'call' tetapi ditegaskan Kudsia tidak boleh kerana ini siaran berbahasa Melayu. Katanya (Kudsia), jika mahu bercakap Inggeris anda perlu cakap Inggeris dalam ayat yang penuh," kata Linda.

Beliau berkata, teguran itu diingati hingga ke hari ini untuk tidak sesekali 'merojakkan' bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sama ada ketika bersiaran mahupun menghadiri mesyuarat.

Melihat dunia penyiaran radio semakin berkembang maju, Linda menganggap kerjaya sebagai penyampai radio tidak hanya mematangkan dirinya dalam memertabatkan bahasa kebangsaan, tetapi juga dalam pelbagai aspek termasuk isu semasa yang tidak hanya berkaitan dengan industri hiburan semata-mata.

Disambut pada 13 Februari setiap tahun, Hari Radio Sedunia bertujuan menghargai peranan radio sebagai medium penyampai maklumat, selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Myra Natasya Teruja Menyambut Syawal Dengan Bapanya, Halim Othman

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Penyiar Dan Pengendali Stesen Radio Perlu Tingkat Kreativiti - Annuar

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Dekati Figura Legenda Penyiaran Radio Di Tiga Talk

4

TARA 5 tahun yang lalu

Hanya Di Radio

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad