web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyiar Dan Pengendali Stesen Radio Perlu Tingkat Kreativiti - Annuar

Para penyiar boleh mengadunkan bahan berita dengan muzik serta ilmu-ilmu asas seperti ilmu agama dan ilmu formal di sekolah dengan kreatif menggunakan suara dan teknologi radio.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 3:08PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mahu penyiar dan pengendali stesen radio meningkatkan kreativiti dalam penyampaian perkhidmatan kerana medium komunikasi itu mempunyai peranan besar dalam kemajuan negara bangsa.

Pada masa sama, beliau berkata radio perlu sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme kewartawanan bagi memastikan perkhidmatan itu kekal relevan dan berdaya maju.

"Kita ingin lihat kreativiti para penyiar bagaimana mengadunkan bahan berita dengan muzik serta ilmu-ilmu asas seperti ilmu agama dan ilmu formal di sekolah juga boleh disiapkan keupayaannya menggunakan suara dan teknologi radio.

“Saya sangat berharap daya kreativiti para penyiar, pengendali stesen radio, penggiat dan pencinta komunikasi melalui radio agar sama-sama membangunkan perkhidmatan radio di Malaysia yang terbaik dan bermutu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan Hari Radio Sedunia secara maya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di TV1 hari ini. Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Feb setiap tahun.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Sambutan tahun ini yang bertemakan 'Radio dan Keyakinan' turut diperincikan kepada tiga sub tema iaitu kebolehpercayaan dalam kewartawanan radio, kebolehpercayaan dan kebolehaksesan serta kebolehpercayaan dan daya maju stesen radio.

Berteraskan sub tema itu, Annuar berkata perkhidmatan radio perlu memastikan kandungan yang disiarkan adalah tepat, cepat, berkesan dan sekali gus dapat melahirkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Dari sudut kebolehaksesan pula, beliau berkata radio harus kekal sebagai medium komunikasi penting kerana ia mempunyai tahap kebolehcapaian lebih luas dan berkesan, selain radio turut bersaing dengan kaedah penyebaran berita yang lain perlu mempunyai tahap kedayahidupan dan boleh dioperasikan sepanjang masa. 

Walaupun teknologi pada masa kini mengalami perubahan, radio masih kekal mampan kerana selain penglihatan, sentuhan dan deria rasa, pancaindera pendengaran mempunyai peranan sangat penting sebagai medium komunikasi, katanya.

Sambutan Hari Radio Sedunia mula dianjurkan atas inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2012 bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan radio. - Bernama

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Radio Platform Terbaik 'Memerangi' Bahasa Rojak

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN