web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Tubuh Pasukan Petugas Khas Penyelarasan Semula Prasekolah

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:10PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan pasukan khas untuk penyelarasan semula sistem pendidikan prasekolah di bawah kementerian itu bagi mempercepat reformasi pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.

"Agenda kita adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu prasekolah dapat kita selaraskan semuanya di bawah KPM sebab itu baru-baru ini, mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas khas sudah berlangsung bagi membincangkannya.

"Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa perkembangan yang berlaku dan dijayakan dalam konteks prasekolah ini, antara lain ialah perluasan prasekolah yang akan kita bincangkan dari segi kualiti pendidikan yang juga sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan untuk menjayakan isu prasekolah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Jemaah Menteri pada 24 Januari lalu memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Sehubungan itu, KPM sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM telah selesai menjalankan siasatan berhubung kejadian kes buli pelajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) September tahun lalu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"KPM telah menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan apa saja tindakan kerana di peringkat KPM kita telah selesai (jalankan siasatan) ... kita tunggulah tindakan daripada pihak berkaitan," katanya.

Dalam kejadian pada 24 September 2023, seorang pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh itu cedera dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar selepas mendakwa diserang empat pelajar senior. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad