web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Graduasi Pelajar - JPN Keluar Surat Arahan Panduan Penganjuran

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 12:08PM

Calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah bersalaman dengan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan guru sebelum menduduki peperiksaan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Jabatan Pendidikan negeri Melaka akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majis graduasi pelajar di peringkat sekolah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran majlis tersebut.

"Saya akui majlis seperti ini (yang dianjurkan) di hotel seolah-olah menjadi trend pada masa kini terutama di sekolah rendah dan terdapat maklum balas daripada ibu bapa menyatakan ia agak membebankan.

"Kami tidak menghalang namun bagi pihak saya, perkara ini tidak digalakkan kerana majlis tersebut boleh saja dilakukan dalam keadaan sederhana," katanya ketika ditemui selepas menyantuni pelajar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai penganjuran majlis graduasi murid oleh pihak sekolah di hotel yang dianggap membebankan.

Terdahulu seramai 12,900 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 103 pusat peperiksaan di seluruh Melaka.

Turut menduduki SPM adalah 65 calon berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, pendengaran, fizikal dan autisme manakala empat calon menduduki di hospital kerana masalah kesihatan. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad