web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Awal Persekolahan Perlu Disalur Tanpa Sebarang Pemotongan - KPM

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 12:04PM

gambar FB KPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid perlu dilakukan tanpa sebarang bentuk pemotongan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan prihatin terhadap beberapa aduan yang diterima berkaitan penyaluran peruntukan BAP kepada murid.

Menurut kementerian itu, pihak sekolah perlu mematuhi semua garis panduan berkaitan pelaksanaan BAP kepada murid.

"BAP bernilai RM150 bagi setiap murid dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Media baru-baru ini melaporkan mengenai perkongsian menerusi laman X yang mendakwa pihak ibu bapa hanya mendapat RM50 daripada keseluruhan RM150 yang diperuntukkan bagi BAP.

KPM sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad