web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjenamaan Semula PTPTN Kukuhkan Imej, Kepercayaan Masyarakat

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:43PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani serta mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat.

Pengerusinya Datuk Norliza Abdul Rahim berkata penjenamaan semula itu melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh merangkumi aspek pengoperasian, identiti produk serta imej cawangan PTPTN di seluruh negara.

"Saya optimis dengan perasmian PTPTN Cawangan Taiping ini dapat mengukuhkan lagi identiti korporat dan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan PTPTN.

"PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited membawa perubahan seiring keperluan semasa dan membuka peluang kejayaan kepadavsemua selari dengan moto PTPTN iaitu 'Peluang Kejayaan Anda," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Norliza telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat PTPTN Cawangan Taiping iaitu  lokasi ketiga dibangunkan dengan penjenamaan baharu daripada PTPTN.

Pada majlis sama, Norliza menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN bagi negeri Perak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,000 dalam bentuk akaun Simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Turut disampaikan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada 100 pelajar asnaf di Mukim Batu Kurau dan kariah Masjid Jamek Kamunting yang bakal menerima RM100 setiap seorang dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Sementara itu, Norliza berkata setakat ini sebanyak 58 pejabat PTPTN negeri dan cawangan beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sejak 2012.

"Ini termasuklah Pejabat PTPTN Negeri Perak yang telah beroperasi pada 2012 di lpoh antara terawal ditubuhkan. Terdapat juga tiga Pejabat PTPTN cawangan lain iaitu di Manjung dan Taiping dibuka pada April 2015 dan di Teluk Intan pada Oktober 2015," katanya.

Beliau turut merakam penghargaan kepada kerajaan negeri kerana menyediakan insentif kelahiran anak Perak (TASPEN) dalam bentuk akaun Simpanan SSPN Prime yang telah memberi manfaat kepada 31,271 bayi dengan peruntukan sebanyak RM6.25 juta sejak 2010.

Sementara itu, petugas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungkai Noor Asmahani Abdull Ghani, 36, berkata beliau tidak menyangka dinobatkan pemenang utama dan membawa pulangRM2,000 bagi Kempen Cabutan Jom Bayar PTPTN Negeri Perak.

Bekas pelajar jurusan Teknologi Makmal Perubatan Kolej PTPL itu berkata wang kemenangan tersebut akan digunakan semula untuk menjelaskan baki pinjaman yang mula dibayar sejak 2016.

“Sejak 2016, saya tak pernah culas untuk bayar pinjaman ini dan saya juga rasa kempen seumpama ini menggalakkan lagi pembayaran dibuat oleh mana-mana peminjam.

Seorang peminjam, G. Kanthini, 24, berkata PTPTN amat membantu dalam menampung kos keperluan harian serta pelajarannya sejak lima tahun lepas dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan Elektronik.

Anak jati kelahiran Bagan Serai itu berkata pembayaran pinjaman tersebut kebiasaannya dilakukan di Pejabat PTPTN Cawangan Taiping setiap bulan.

Seorang lagi peminjam, Musliani Mustafa Abu Bakar, 19, berkata pembayaran pinjaman di PTPTN Taiping amat memudahkan ditambah dengan kemesraan kakitangannya yang sentiasa membantu pelanggan dalam menyelesaikan sebarang urusan.

"Di cawangan baharu ini suasananya lebih selesa dan memudahkan orang ramai untuk membuat pelbagai urusan dengan pihak PTPTN," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad