web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SK Serabak, SK Durin Kiba Antara Sekolah Luar Bandar Di Sarawak Dapat Tandas Lebih Baik

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 12:37PM

Murid sekolah menggunakan tandas yang sudah dinaik taraf. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sekolah Kebangsaan (SK) Serabak dan SK Durin Kiba adalah antara sekolah di luar bandar Sarawak yang tidak terkecuali daripada mendapat kemudahan tandas yang lebih baik hasil inisiatif Kementerian Pendidikan bermula sejak Ogos lepas.

Terletak kira-kira 65 kilometer (km) dari bandar raya Kuching, SK Serabak berada agak jauh dari hiruk pikuk kota, dengan suasana semula jadinya tenang dan nyaman dalam daerah Bau, berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di bahagian selatan Sarawak.

Sekolah ini hanya mempunyai 82 orang murid dan sebelum inisiatif kementerian ini bermula, keluhan tentang pili air rosak, tandas tidak dapat dipam ataupun pintu bilik tandas tidak dapat ditutup sering menjadi rungutan.

Namun keadaan mulai berubah sejak November lepas apabila kerja-kerja pembaikan kemudahan tandas di sekolah itu siap, sekali gus merubah persepsi dalam kalangan murid-muridnya setiap kali menggunakan kemudahan itu.

"Sebanyak lapan unit berjaya dibaik pulih, masing-masing tiga unit tandas untuk murid perempuan dan lelaki manakala dua unit lagi tandas untuk murid prasekolah. Dulu semua tandas cangkung dan tidak begitu sesuai dan selesa untuk kegunaan murid," kata Guru Besar SK Serabak Phiong Kuik Fa kepada Bernama.

Phiong berkata sejak tandas baharu itu digunakan, perubahan sikap murid-murid SK Serabak amat ketara dan beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan itu.

"Mereka cepat menjalankan kerja. Semua tandas cangkung telah ditukarkan kepada tandas duduk dengan kelengkapan yang sesuai seperti bidet, cermin, pili air yang berfungsi dengan baik, untuk murid pra sekolah kita minta size mangkuk tandas yang lebih kecil," katanya.

Menceritakan pengalamannya untuk menyelami reaksi murid-muridnya setelah mendapat kemudahan lebih baik itu, beliau berkata: "Pernah sekali saya 'mengintai' mereka senyap-senyap dari belakang dan bertanya kenapa semua beramai-ramai pergi tandas, sepantas kilat mereka jawab 'tandas kita cantiklah cikgu' jawab mereka dengan senyuman yang lebar".

Seorang guru SK Serabak, Magdelina Joseph Nyadi berkata beliau masih teringat lagi selepas tandas baharu itu diumumkan sudah boleh digunakan pada perhimpunan pagi, semua murid berpusu-pusu hendak ke tandas.

Dalam suasana keterujaan murid-murid untuk menggunakan kemudahan yang telah diperbaiki itu, Magdelina berkata pihak sekolah terus-menerus mengingatkan mereka tentang nilai-nilai murni dalam aktiviti seharian serta menghargai kemudahan yang disediakan.

Bagi SK Ulu Durin Kiba (SKUDK) yang terletak 42km dari bandar Sibu di bahagian tengah Sarawak, projek tandas baharu sekolah tersebut siap dibina pada November tahun lepas.

Guru Besar SKUDK Gerard Bugin Legak berkata tandas baharu ini mempunyai lapan kubikel mulai dibina pada September dan beliau berpuas hati dengan pembinaan tandas itu dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sekolah itu kini menikmati kemudahan yang jauh lebih baik berbanding tandas lama.

"Tandas lama ada 10 kubikel yang masing-masing keluasan lantainya adalah 1.2192 meter x 0.9144 meter berbanding sekarang lapan kubikel yang mempunyai keluasan lantai 2.4384 meter x 0.9144 meter setiap satu. Jadi setiap kubikel adalah luas dan selesa digunakan," katanya.

Menurut beliau dua kubikel tandas duduk masing-masing untuk kegunaan petugas lelaki dan wanita, manakala dua kubikel dengan tandas duduk bersaiz kecil masing-masing untuk murid lelaki dan perempuan manakala masing-masing dua lagi kubikel tandas cangkung dikhaskan untuk murid lelaki dan perempuan.

Setiap kubikel dilengkapi dengan bidet penyembur, tingkap kecil bagi membolehkan pengaliran udara dan uniknya tandas ini adalah mangkuk duduk bersaiz kecil yang amat sesuai untuk kegunaan murid-murid sekolah rendah selain turut mempunyai dua sinki untuk mencuci tangan yang mudah alih dan juga cermin dinding.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Dalaman SKUDK, Unjung Paong pula berkata bagi melatih murid untuk menghargai kemudahan ini, mereka sentiasa diingatkan tentang peranan untuk sama-sama menjaga kebersihan tandas dan tidak hanya menyerahkan kepada pekerja pencuci. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad