web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Luluskan RM25 Juta Bina Blok Tambahan Kediaman Pelajar UPSI

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 4:08PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di UPSI. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk membina 18 blok tambahan kolej kediaman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan perkara itu ketika sesi Temu Anwar dengan kira-kira 5,000 mahasiswa UPSI di Dewan Tuanku Canselor selepas merasmikan Anugerah Buku Negara 2023 di institusi pendidikan tersebut.

“Kediaman yang ada hanya boleh menampung 7,804, (iaitu) 36 peratus daripada lebih 31,000 pelajar di sini, ini kadar terendah berbanding IPTA (institusi pengajian tinggi awam) seluruh negara, di IPTA lain 60 peratus.

“Bila saya dengar maklumat ini, langkah segera perlu diambil. Untuk tambah kapasiti kolej kediaman, belanjanya saya luluskan RM25 juta, “katanya disambut tepukan gemuruh dari mahasiswa dan kakitangan UPSI.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Saraani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Anwar berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri.

Katanya beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar peruntukan itu diluluskan sebelum akhir tahun ini juga.

Terdahulu, Zambry yang melakukan lawatan kerja di Kolej Kediaman Ungku Omar, UPSI pada Sabtu lepas berkata KPT akan berbincang dengan pihak institusi pendidikan tinggi seluruh negara bagi mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.

Semasa lawatan itu, Zambry mendengar keluhan serta masalah yang dihadapi pelajar berkaitan kediaman di dalam universiti itu. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad