web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Dimasyhurkan Sebagai Canselor KUIJSI

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:06PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bergambar kenangan selepas pemasyhuran baginda sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI). - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21, di sini.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Baginda hari ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor, pada majlis sama.

Hantaran itu memaklumkan majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, turut menyaksikan pemasyhuran naik taraf Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai KUIJSI yang turut disempurnakan Sultan Ibrahim.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Canselor kepada Nurul Shafiqah Mohd Azman.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapan pada majlis itu berkata negeri itu sangat bertuah kerana bernaung di bawah Sultan Ibrahim yang sentiasa meletakkan keutamaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri.

"Kesultanan Johor seawal 1902 telah menitikberatkan pendidikan termasuk pendidikan agama. Pada tahun 1902, peraturan telah dikeluarkan dengan mewajibkan pendidikan diberikan kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

"Selain itu, Kesultanan Johor memandang bahawa Pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat keagamaan semata-mata tetapi juga meliputi keseluruhan aspek kehidupan,” kata Onn Hafiz.

Pada majlis yang sama, 508 graduan menerima sijil diploma. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad